Friday, April 26, 2013
paSSal aKu
Aku tulis pasal aku. Pasal aku yg tak pernah nak rasa serik oleh sifat dan sikapku sendiri yang terlalu gemar menyukarkan keadaan...
Tentang kemalasan , tentang kebertangguhan, tentang kesempurnaan, tentang keimanan....
aku mulai satu-satu. tentang kemalasan - walapun aku tahu 'kerja' ini penting namun aku malas mahu memulai. entah kenapa. entah jin setan mana merasuk . kerja ini , kerja yang sedang aku usahakan sekarang ini, penting! ya, kau tahu, tapi malassss pergi la kau jauh
tentang kebertangguhan - kawan karib empunya malas. sgt akrab. dapat idea sekali, berangan (tentang hebatnya aku kerana mampu buat hubungkait dgn stimuli sekeliling) berkali-berkali . lantas, tertangguh lagi... aku rayu kau pergi!!!
tentang kesempurnaan - terlalu sempurna pun tidak bagus. diri jadi terlalu letih dan layu. perlu ada selitan silap dan rosak . baru manusia
tentang keimanan - arghhhhh aku paling kesali ini. kesal hanya sedetik, dosa bertahun. Tuhan, ampuni aku....
Bangi,
5.31 pagi
26 April 2013
menyambung 'kerja' yg tertangguh ...
Saturday, January 12, 2013
Thursday, January 3, 2013
MENYULUH DALAM KEGELAPAN
Mengira-ngira waktu, bagaikan menghitung detik saat kematian. Melihat bentuk dan banyaknya jumlah angka yang aku senaraikan, bagaikan meletak mimpi ngeri di depan mata untuk ditelan. Waktu. Mengapa begitu pantas berlari?
Tahun 2013. Entah apa yang bakal aku hadapi. Entah apa. Mahu lebih happy? (sekarang tidak happy?) Mahu lebih sukses? (sekarang tidak sukses?). Mahu bahagia? (sekarang tidak?). Apa yang aku kejarkan dalam hidup ini...apa akan berlaku padaku suatu hari nanti? Apa yang berlaku saat kematian hampir? Semua itu sangat-sangat menakutkan. Sangat.
Membahagiakan orang lain terutama orang-orang disekeliling masih tidak dapat aku lunaskan dalam usia menginjak 35 tahun ini. Apatah lagi untuk mencari kebahagiaan sendiri. Kematangan tidak hadir dalam wajah yang sepatutnya. Ia hadir dengan kesedihan dan kepedihan. Sehingga ada rasa dalam hati, gusar yang tak pernah pergi. Esok masihkah ada sisa berbaki?
Kg. Bahagia Bangi
5.46am
03.01.13
Wednesday, January 2, 2013
Tuesday, January 1, 2013
2013
Masa datang, satu detik... dua detik... tiga detik...
Masa pergi, 4 tahun... 10 tahun... 17 tahun...
Usia menginjak...
persekitaran berubah...
perspektif mencapah...
Tapi aku kekal tak berfasa.
Tetap menunggu saat deru angin berhenti sebentar,
berbisik di cuping,
menyampai khabar...
Tetap tekun memerhati,
rintik hujan,
satu-satu di tingkap kaca.
Tetap berlari ke kaki gunung,
kalau-kalau,
pelangi semalam kembali menjelma.
Menghirup kopi di anjung,
menghitung-hitung hutang pada Dia yang menggunung.
Bangi,
6.37am
01.01.13
Sunday, October 21, 2012
terus berusaha utk bertahan...
Saya boleh sahaja dgn mudah menyangkal semua hujah dangkal yang dia utarakan. Saya boleh sahaja menyatakan betapa bodoh dan dungunya pemikiran dia walau dlm usia yang bukan lagi muda. Saya boleh sahaja memberitahu betapa sikap emosional dan gopoh yg tebal dlm dirinya tidak lagi relevan. Tapi semua itu tidak saya lakukan, semata-mata kerana kasih sayang saya kepada dia sangat mendalam dan melebihi segala-galanya. Itupun kalau dia menyedari hakikat itu...
Friday, October 19, 2012
After The Love Has Gone
for a while, to love was all we could do
we were young and we knew
and our eyes were alive
deep inside we knew our love was true
for a while, we paid no mind to the past
we knew love would last
every night something right
would invite us to begin the dance
something happened along the way
what use to be happy was sad
something happened along the way
and yesterday was all we had
c/o :
and oh, after the love has gone
how could you lead me on
and not let me stay around
oh, oh, oh after the love has gone
what used to be right was wrong
can love that's lost be found?
for a while, to love each other with all
we would ever need love was strong for so long
never knew that what was wrong
oh baby wasn't right
we tried to find what we had
untill sadness was all we shared
we were scared, this affair would lead our love into
something happened along the way
yesterday was all we had
something happened along the way
what use to be happy was sad
something happened along the way
and yesterday was all we had
repeat chorus
my favor
Dengan mudah kau lepaskan kata-kata
hingga aku terpesona dibuai gelora cinta dan asmara
begitu halus, lembut dan indah sekali
rupa-rupanya diselimuti duri hingga aku dikau lukai
butakah aku dalam cinta hingga aku diperbudak-budakkan
miskinkah aku dalam cinta hingga menjadi barang buangan
tahulah aku sekarang
siapa kau sebenarnya
tiada aku sangka sama sekali
kau hanya mencurah janji di daun keladi
sungguh tak bererti
KELIRU
Kebelakangan ini ada semacam sedikit kekeliruan terhadap diri sendiri. Aku fikir, selama hampir suku abad aku mengenali diri sendiri, aku cukup kenal siapa diri aku. Rupanya banyak yang aku tahu, banyak lagi yang aku tak tahu. Semua itu membuat aku keliru
.
Aku hampir tidak sedar bahawa aku tidak disenangi. Tidak disenangi oleh kawan sepejabat, tidak disenangi oleh kawan se'persekolahan', malah tidak disenangi oleh kawan-kawan di persatuan. Ia semakin merebak dan nanahnya berjangkit kepada semua orang-orang di sekeliling. Disebabkan tidak senang pada aku, mereka kemudiannya tebar fitnah aku begini, aku begitu. Semuanya buruk-buruk belaka. Tiada yang cantik. Dan semua yang terkena nanah itu percaya, yang buruk-buruk itu sebenarnya aku.
Persoalannya mengapa? Dan baru ini ku tahu, alasan mereka kerana aku sangat lantang, dan terkedepan sehingga membuatkan mereka merasa bodoh dan ketinggalan. Aku bertanya semula "Hanya kerana itu?"
Seseorang meningkah, "Itu bukan sekadar HANYA. Itu mesej bahawa engkau tidak disukai. Di hadapanmu ya, mereka angguk kepala dan lempar senyum, tapi di belakangmu, mereka lempar keji, kutukan dan sumpah seranah. Itu hakikatnya".
Aku terkedu. Lama.
Monday, October 15, 2012
Tuesday, October 9, 2012
Saturday, October 6, 2012
aku dan dia...
Aku pernah ada dia. Dan dia pernah ada aku. Kami bersahabat. Sangat akrab. Aku sangat menyukainya. Tapi dia keliru samada suka atau kurang suka atau biasa-biasa saja dengan aku. Aku buntu, dia tidak. Dia meneruskan hidup. Aku mati. Ketika dia juga mati (baru ini ku tahu) ,dipanah cinta, demi cinta, demi cinta, demi cinta yang tidak pernah jemu untuk keluar masuk ke dalam hatinya selepas itu, aku masih juga tidak bangun-bangun dari kematian lama.
Ketawa. Bercerita. Itu yang kami lakukan dulu. Bahagia. Bahagia dalam definisi aku, tentunya. Dia mungkin hanya 'senang' sahaja.
Matanya. Senyumannya. Nyaman.
Jujur. Terlalu jujur sehingga naif. Dulu aku fikir dia begitu. Kini baru ku tahu, yang naif itu aku. Bukan dia.
Dia hilang dari ku tiba-tiba. Pergi mengikut angin. Angin yang malu untuk membawa khabar dia pada ku. Aku biarkan dia pergi. Aku biarkan angin pergi. Setiap kali aku tahu dia ada, setiap kali terjah ingatan sampai padanya, aku lari ke dasar lautan. Bersembunyi di celah batu dan karang agar air mata larut bersama masinnya laut. Masin itu membuatkan hatiku perih. Sakit teramat hingga tidak terasa sakitnya lagi.
Setelah 4 tahun namanya tidak kusebut, hari ini, malam ini, saat ini, ku sebut semula nama dia. Dan baru ku tahu juga, dia sudah menukar nama. Dia sudah menukar ideologi. Dia suka kuning dan juga hijau. Bukan merah, bukan biru, bukan juga unggu.
Aku mencari-cari saki baki kewujudan aku dalam diarinya. Tiada. Langsung tiada. Aku rasakan masinnya air laut sudah membelit jantung. Pecah di situ.
Aku...tetap begini. Menerima semua elemen (tragedi?) yang berlaku di sekelilingku dengan seadanya. Atau mungkin terlalu redha, pasrah? Pengecut barangkali. Dia berkata, ideanya untuk menulis tumpah selerak ketika dalam kesedihan. Adakah aku ingin mendoakan dia sedih selama-lamanya? Agar boleh aku saksikan suara-suara hati celaru, keanak-anakkan, bingung dan berasa betapa nasib selalu tidak menyebelahi dirinya di tinta siber ini?
Setiap kali berdepan dengan dia, ada seribu satu soalan akan bermain di fikiran. Bukan, sejuta soalan. Dan semua soalan itu tidak ada jawapan. Sudah dilempar jauh-jauh di lautan maha dalam. Ia terdampar di dasarnya.
Aku suka akan dia. Walau aku tahu dia sudah tidak ingat pada aku. Di dalam tidur, jaga, jauh sekali di dalam mimpi. Aku tak mendambakan dia untuk menjadi orang yang aku dambakan. Tidak pernah. Tapi aku suka akan dia...
Friday, October 5, 2012
SASTERA MELAYU
Aku Melayu yang tak pernah malu untuk mengaku betapa Melayunya aku. Aku Melayu tegar. Identiti, jati diri, reputasi. Segalanya. Dan cintaku antaranya paling tumpah pada kesusasteraan Melayu. Satu bidang ilmu yang aku tahu ramai anak Melayu hari ini tidak gemari. Tapi aku tak peduli.
Aku sebenarnya tak sedar betapa semakin ramai Melayu yang malu dengan identiti Melayunya sendiri, sehinggalah semalam. Di sebuah institusi tinggi penjana ilmu, aku rasa dimalukan hanya kerana aku cinta pada Melayu dan kesusasteraannya. Usaha ku untuk membawa topik itu dalam penulisan akademik ditolak mentah-mentah oleh seorang Profesor Madya yang mendakwa dirinya sangat tebal dan pakar dengan budaya global dan lokal - ilmu Antarabudaya.
"I'm never learning Malay Literature during my Form 6, I took English Literature!. I simply don't like your topic. Go change it".
"Sejarah Melayu? Karya Agong Melayu? Karya Melayu tak cukup Agong. Tak layak dikaji!!"
Antara skrip paling sadis yang keluar daripada mulut Prof. Madya tu semalam. Aku terkedu. Bukan marah. Tapi kesian, dek rasa banggannya yg tak dapat disembunyikan kerana kenal King Arthur lebih daripada Sultan Mahmud Melaka.

Sunday, May 1, 2011
SIAPA? AKU ATAU DIA ?
SIAPA? AKU ATAU DIA?
Seseorang mengadu, mengenai betapa bosannya dia dengan hari-hari yang dilaluinya. Betapa dia mendambakan sesuatu yang lebih baik, sesuatu yang lebih setimpal dan lebih menghargainya. Aku pun bertanya kepada dia tentang apakah bentuk 'keinginan' yang dia mahukan itu. Jawapannya hanya satu, ENTAH. Aku terkedu. Jelas, dia sebenarnya punya banyak keinginan sehingga ketika mengatur-atur keinginan itu, dia terlupa kesemuanya. Satu hari keretanya dilanggar seorang manusia bodoh dan dungu dari arah belakang. Bagaikan gunung berapi hendak meletup, dia terus keluar dari kereta dan memarahi manusia dungu itu. Kembali ke kereta, dia menangis. Menangis semahu-mahunya. Sebentar diamuk amarah, sebentar dihambat pilu yang teramat. Pada aku, dia menanggung derita yang 'memamah' dirinya dari dalam. Perlahan-lahan. Dia kesunyian, dia perlu teman. Kemudian, aku merenung diriku. Bukankah aku pun begitu?....
Friday, October 9, 2009
MENGENAL INSAN LAIN
Mengenal insan lain walau bukan perkara baru dalam hidup, namun tetap menyeronokkan. Insan-insan ini memasuki senarai baru sebagai sahabat, sejak aku menghadiri kursus International Journalism di Malaysian Press Institute, MPI. Sebulan berkampung di MPI, membuatkan kami rapat dan lebih saling mengenali. Aku jumpa mcm2 karektor manusia. Latarbelakang berbeza, dan kecenderungan yang tidak sama.
Aku akan menulis tentang mereka dalam facebook aku. Silalah kunjung.
Wednesday, July 22, 2009
PERASAAN YANG BERPERANG

Perasaan sifatnya bukan satu.
Ia banyak dan pelbagai.
Ia banyak dan pelbagai.
Kadangkala pelik, tapi benar.
Entah kenapa perasaan yang satu ini nadanya berlainan sekali dari biasa.
Ia membawa diri menghirup satu perjalanan yang maha panjang, indah penuh berbunga tapi sunyi dan kaku.
Pepohon di kiri kanan menghijau tapi penuh ranting mati.
Hujan turun seperti selalu, tapi tiap kali airnya menitik, terasa pedih mencarik kulit, hingga terkoyak dan tersayat.
Darah pun mengalir
Bila luka sebegitu tidak kuubati, lantas ia bertukar menjadi nanah
Ya jijik, tapi aku betah membiarkan ia begitu
Entah kenapa?
Tuhan mahu pergi dariku?
Atau aku yang tegar untuk berpaling dari-NYA?
Entah kenapa perasaan yang satu ini nadanya berlainan sekali dari biasa.
Ia membawa diri menghirup satu perjalanan yang maha panjang, indah penuh berbunga tapi sunyi dan kaku.
Pepohon di kiri kanan menghijau tapi penuh ranting mati.
Hujan turun seperti selalu, tapi tiap kali airnya menitik, terasa pedih mencarik kulit, hingga terkoyak dan tersayat.
Darah pun mengalir
Bila luka sebegitu tidak kuubati, lantas ia bertukar menjadi nanah
Ya jijik, tapi aku betah membiarkan ia begitu
Entah kenapa?
Tuhan mahu pergi dariku?
Atau aku yang tegar untuk berpaling dari-NYA?
Friday, March 13, 2009
SCIATIC NERVE

Tak pernah seumur hidup aku merasa sakit yg teramat sgt mcm ni. Rasa lumpuh dari pinggang ke bawah. Tak boleh berdiri, tak boleh duduk dan tak boleh berbaring.
2 hari lepas, aku mengalami kesakitan itu... Sciatic Nerve injury...Apa dia Sciatic Nerve? Bagaimana ia boleh cedera dan apa cara menyembuhkannya?
Sciatic nerve ni atau disebut juga Ischiatic nerve adalah satu urat yang paling besar dan panjang dalam badan kita. Ia terletak di bahagian bawah tulang pinggul hingga ke bawah peha. Ia dilindungi oleh otot yang menggerakkan tulang peha.
Fungsinya - membolehkan pinggul, peha dan kaki bergerak seiring dan boleh dilentur. Sciativ Nerve aku cedera 2 malam lepas. Lepas rasa sakit yang tak tertahan aku pun paksa diri pergi klinik dgn diteman kakak aku.
Aku kata kat doktor aku sakit kat bwh pinggul sbb salah tido. tergeliat, kata orng Melayu.
Doktor tu kata, bukan, Sciatic nerve awk cedera. Tergeliat tu hanya penyebab, tapi urat tu sebenarnya dah lama menahan beban, cara hidup tak sihat yg aku amalkan. Rasa sakit tu kata doktor, (doktor ni baik gilerr aku ckp korang, dia tengok mata aku tepat2, dan sgt caring... aku pun mula terperasan sikit, perghhh, tapi bila dia kata dia nak cucuk kat punggung aku, tetiba ingatan aku waras balik, wei! dia doktor la! hahaha .. korang paham kan?... hehehe)
Rasa sakit tu sebab :
1) Aku tak excercise dengan kerap dan sempurna - so, pengaliran darah pada semua otot dan urat dan saraf tak sekata - nak excercise cemana? keje mcm giler.
2) Duduk yang terlalu lama, dlm bilik yang sejuk, aircond - kat tempat keje la apa lagi, mengadap je komputer tu sampai 8 jam, kalau double sift 16 jam aku ngadap komputer tuh. Apa malang punya nasib daaa.
3) Posisi tidur dan duduk yang tak betul - betul la tuh, mlm tu aku tido ikut dan je atas sofa kat hall rumah aku. Balik shift mlm. Aku tido dalam posisi tak betul, buku atas dada, kaki bengkok. Bila terjaga nak masuk bilik, aku terjaga secara mengejut, dan bangkit secara tiba-tiba.
Kalau aku terus amalkan cara hidup mcm ni, doktor kata aku berkemungkinan tak boleh berjalan atau jalan tak sempurna - terhencut-hencut aka CACAT!!! waaaa tak mau!!!
Yang paling menakutkan, kesakitan itu boleh menjalar dan beri kesan kepada alat perkumuhan dan peranakkan.
2 hari lepas, aku mengalami kesakitan itu... Sciatic Nerve injury...Apa dia Sciatic Nerve? Bagaimana ia boleh cedera dan apa cara menyembuhkannya?
Sciatic nerve ni atau disebut juga Ischiatic nerve adalah satu urat yang paling besar dan panjang dalam badan kita. Ia terletak di bahagian bawah tulang pinggul hingga ke bawah peha. Ia dilindungi oleh otot yang menggerakkan tulang peha.
Fungsinya - membolehkan pinggul, peha dan kaki bergerak seiring dan boleh dilentur. Sciativ Nerve aku cedera 2 malam lepas. Lepas rasa sakit yang tak tertahan aku pun paksa diri pergi klinik dgn diteman kakak aku.
Aku kata kat doktor aku sakit kat bwh pinggul sbb salah tido. tergeliat, kata orng Melayu.
Doktor tu kata, bukan, Sciatic nerve awk cedera. Tergeliat tu hanya penyebab, tapi urat tu sebenarnya dah lama menahan beban, cara hidup tak sihat yg aku amalkan. Rasa sakit tu kata doktor, (doktor ni baik gilerr aku ckp korang, dia tengok mata aku tepat2, dan sgt caring... aku pun mula terperasan sikit, perghhh, tapi bila dia kata dia nak cucuk kat punggung aku, tetiba ingatan aku waras balik, wei! dia doktor la! hahaha .. korang paham kan?... hehehe)
Rasa sakit tu sebab :
1) Aku tak excercise dengan kerap dan sempurna - so, pengaliran darah pada semua otot dan urat dan saraf tak sekata - nak excercise cemana? keje mcm giler.
2) Duduk yang terlalu lama, dlm bilik yang sejuk, aircond - kat tempat keje la apa lagi, mengadap je komputer tu sampai 8 jam, kalau double sift 16 jam aku ngadap komputer tuh. Apa malang punya nasib daaa.
3) Posisi tidur dan duduk yang tak betul - betul la tuh, mlm tu aku tido ikut dan je atas sofa kat hall rumah aku. Balik shift mlm. Aku tido dalam posisi tak betul, buku atas dada, kaki bengkok. Bila terjaga nak masuk bilik, aku terjaga secara mengejut, dan bangkit secara tiba-tiba.
Kalau aku terus amalkan cara hidup mcm ni, doktor kata aku berkemungkinan tak boleh berjalan atau jalan tak sempurna - terhencut-hencut aka CACAT!!! waaaa tak mau!!!
Yang paling menakutkan, kesakitan itu boleh menjalar dan beri kesan kepada alat perkumuhan dan peranakkan.
Tuesday, January 27, 2009
VERSUS
Kadang2 sampai satu tahap, kita sendiri tak tahu apa yg kita nak dalam hidup ni. Apa yang cukup, apa yang kurang. Adakah semua tindakan yang kita buat tu betul atau sebaliknya? Adakah selama kita hidup di dunia ni, kita dah buat perkara betul dan sepatutnya, atau kita hanya 'sampah' di mata Tuhan (tanpa kita sedari atau dengan kita sedari). Macam-macam persoalan akan timbul dan berbalik dalam kepala hotak.
Yang paling pelik, kita tau, kita hamba, tapi kita masih enggan ikut perintah. Apa yang kita cari dalam hidup ni sebenarnya? Keredhaan? Kebahagiaan? Kekayaan? Cinta?....
Cinta....
Bosannya cakap pasal cinta... The Beatles kata "Love is not easy game to play"
I give her(him) all my love
That's so I'll do
And live you so my love
you love her (him) too
I love her (him)
She (He) give me everything
and tenderly
The kiss my lover bring
She (He) brong to me
and i love her (him)
i love life
could never die
as long as i
have u near me
bringt all the star that shine
dark in the sky
i know the love of mine
will never die
and i love her (him)
Yang paling pelik, kita tau, kita hamba, tapi kita masih enggan ikut perintah. Apa yang kita cari dalam hidup ni sebenarnya? Keredhaan? Kebahagiaan? Kekayaan? Cinta?....
Cinta....
Bosannya cakap pasal cinta... The Beatles kata "Love is not easy game to play"
I give her(him) all my love
That's so I'll do
And live you so my love
you love her (him) too
I love her (him)
She (He) give me everything
and tenderly
The kiss my lover bring
She (He) brong to me
and i love her (him)
i love life
could never die
as long as i
have u near me
bringt all the star that shine
dark in the sky
i know the love of mine
will never die
and i love her (him)
Sunday, January 4, 2009
2009 - PART 1
Apa yang tertinggal dalam hidup kita sepanjang setahun yang lalu? Apa yang kita nak tapi tak dapat? Mesti banyak. Bukan sebab kita tak puas, tapi sebab kita tak sabar nak tau apa lagi yang mampu kita miliki dalam hidup ni. Meramal hidup masa depan, sesuatu yang sgt mustahil, tapi kenapa masih ramai yang suka mentafsir dan ingin tahu? Manusia....
"Selamat datang 2009. Baru sampai?". Aku tanya.
"Ya, terima kasih. Baru je sampai 4 hari yang lalu". 2009 cakap kat aku.
"Apa yang 2009 nak buat kat sini? Selama ni pegi mana?". Aku tanya lagi.
"Saya nak hidup bersama awak lah. Bersama awak utk setahun ni. Selama ni saya ada. Cuma tunggu turn je nak datang". Dia jawab balik.
"Tapi kenapa baru sekarang". Aku tak puas hati.
"Iyalah dulu 30 tahun yang lalu banyak tahun lain yang dah ambek turn. Dia tak bagi can kat saya pun. Itu yang baru datang sekarang " Ewah banyak cakap pulak 2009 ni. Aku ckp dalam hati.
"Sebenarnya apa tujuan awak datang sini?. Cakap lah terus terang". Aku gertak sikit 2009. Dia ni bukan leh caya sangat.
"Kalau awak tahu tujuan saya nak dtg, nanti awk tak kasi saya datang". Hek elleh, kerek pulak 2009. Aku tendang karang. Tapi aku ckp dlm hati je
"Cakap je lah. Saya tak marah pun. Cakap jek". Aku terus memujuk.
"Saya datang nak ingatkan, yang awak ni dah tua. Tak nak insaf-insaf lagi ke?" Adussss sakit batang hidungku. Hampesss tebu punya 2009.
Subscribe to:
Posts (Atom)







