Saturday, December 20, 2008

MENCARI SATU TITIK

Lately, aku semakin bosan dengan diri sendiri. Bosan yang sungguh-sungguh. Sampaikan aku rasa aku nak campak je badan aku ni kat dinding. Tapi tak larat nak angkat, hehehe. (aku da gemuk skang wei, susah ati betol!) . So aku sedang mencari-cari satu perkara yang membolehkan aku tak bohsan peringkat gaban macam sekarang. Aku pun tulis cerpen. Tapi aku rasa cerpen aku nih, mcm sengal jek. Sebab takde idea nak sambung tulis. Otak jadi pengap dan bengap. Jadinya, aku pun bertambah buhsan laaaa. Nanti kalau ada idea aku sambung balik...

Satu hari (sekarang ni) aku terfikir... Aku rasa aku dah lama sangat menanti. Menanti dan mencari satu titik. Dulu, satu masa dulu aku ingatkan aku dah jumpa titik tu. Rupanya itu bukan titik, koma je. Penat sebenarnya bila aku tumpukan sangat untuk sudahkan masalah ni. Macam takde benda lain nak pikir. Tapi lagi aku tak nak pikir, lagi banyak aku pikir. Datang bertalu-talu mcm gerabak ketapi...

Aku rasa aku dah hilang seorang kawan yang sangat aku suka. Tapi seperti biasa dia tak tau aku suka dan senang berkawan dengan dia. Dan aku tau, kenapa dia pergi dari aku. Sebab, keterujaan, dah mati. Dah takde lagi... Salah aku juga. Terlalu membuka jalan untuk dia mengharungi keterujaan tu. Ermm salah aku... Tapi lately juga, seorang kawan lain yang aku sangka dah lama hilang ramahnya, kembali memberi api semangat. Tapi perangai lama dia tetap tak berubah, memberi api, kemudian mencurahkannya kembali dengan air... dan seperti selalu, pergi lagi... Atau aku yang tak tau bersyukur dengan apa yang Tuhan dah bagi? Depan mata. Tapi dia tak nampak aku...

Ah... kat luar dah mula hujan. Aku nak pegi tangkap rama-rama.

ASSALAMMUALAIKUM

Assalammualaikum kawan-kawan..
Mana korang pegi? Mana semua orang pegi? Kenapa semua orang senyap je. Apa yang dah berlaku ni? Semua orang bz sangat ke lately? :(
Tiba-tiba aku rasa sunyi sangat. Hari ini 19hb Disember 2008. Aku sepatutnya balik keje pukul 12 tghmlm. Tapi boring, lepak kat ofis buang masa, bukak blog. Aku tengok semua org buat hal masing-masing. Tak meriah mcm dulu... ke, aku yang menjauhkan diri dari korang? Tak faham...
Keterujaan kadang-kadang datang tanpa diundang dan tak disangka-sangka. Yang sedihnya, ia akan hilang secepat ia hadir. Bila keterujaan itu sudah mati, yang tinggal hanya memori dan binaan kekecewaan yang konkrit. Menunggu satu saat lain, di mana ada satu makhluk yang ambik tukul besi, pecahkan dinding konkrit tu.

Tapi, bila si penukul besi tu nak datang? Tahun depan? 2 tahun lagi? 10 tahun lagi. Aku takut, bila nanti dia datang, aku dah mati....

Yang tinggal hanyalah memori... Dan dinding konkrit tu tak akan boleh dirobohkan lagi...

Wednesday, December 10, 2008

CERPEN SAMBUNGAN ...3

"Ada pergerakan pada bebola mata pesakit doktor!”
”Awak pasti?”
”Pasti doktor. Ia berlaku lebih 2 minit.Tapi sehingga sekarang pesakit masih belum sedar dan membuka mata sepenuhnya”
"Tidak mengapa, pesakit masih berusaha. Beri dia sedikit masa lagi. Nurse, laporkan perkembangan setiap jam”
”Baik doktor”
”Mawar... Cik Mawar...” Tiada jawapan. Sunyi. Dan mereka pun berlalu.

**

Perbualan itu seperti terakam dalam kepala. Berputar-putar. Mana? Di mana aku? Di mana mereka? Sekonyong-konyong terdengar bunyi seruling. Jalan di depan masih panjang. Bau hanyir sudah hilang. Suara seruling kembali datang.

Dari kejauhan terdengar sayu. Entah kenapa, aku kenal suara seruling itu. Dulu, suatu masa dulu aku pernah mendengar tiupan serupa. Sewaktu berdiri-diri di sebalik lorong di belakang rumah jagaan. Berdiri-diri menekap telinga ke dinding. Selain suara azan dan khutbah sekali-sekali, bunyi ini yang terakam di minda. Bunyi inilah. Seruling sayu yang menusuk. Aku kenal sungguh. Kemudian senyap! Sunyi. Kaku. Beku.

Tapi, ah! Kenapa? Mengapa di sini? Apakah ini penghujung waktu? Sudah habis? Adakah aku tak akan pulang ke rumah jagaan lagi? Ke lorong belakang tembok?. Mendengar azan? Curi-curi mendengar khutbah? Bunyi seruling? Dan kadangkala angin menyanyi? Adakah?

CERPEN SAMBUNGAN ... 2


Seperti semilir yang berbisik, aku terdengar satu suara. Suara yang memanggil nama ku dengan lembut. Aku terpana. Mencari arah suara itu. Kala ini aku mahu berdiri. Namun lutut terasa mahu rebah. Sempat juga kurasai tanah bersama rumput yang masih berada di dalam genggaman. Rumput itu kekuatanku kini. Sejurus suara itu hilang...
Aku ingin membuka mata luas-luas. Terasa pedih. Tiba-tiba terasa dada seperti mahu pecah. Namun, datang kekuatan, entah dari mana memaksaku untuk terus berjalan. Lalu aku pun berjalan. Perlahan-lahan nampak seperti satu laluan berbalam-balam di hadapan. Menuju satu titik yang sangat jauh. Semakin aku berjalan, titik itu seperti berlari meninggalkanku. Aku terfikir-fikir, di mana penghujung jalan itu.
Rumput di tanganku sudah kulepaskan. Dengan tangan yang masih berbau tanah, aku lekapkan telapak pada penghujung dada. Terasa ada lelehan likat. Hanyir. Darah!. Sejurus itu langkah menjadi perlahan. kesakitan menjalar di setiap ruang. Jantung terasa seperti mahu berhenti. Semakin lemah, dan lemah...

Monday, December 8, 2008

CERPEN : NAMAKU MAWAR

Nama aku Mawar. Mawar Kusinar. Entah kenapa sehingga saat ini, aku tidak faham (atau sengaja tidak mahu mengerti) apa kaitan nama itu dengan diriku sendiri. Mungkin mereka yang menamakan aku waktu itu, sudah buntu memikirkan apa yang paling molek untuk diriku yang tidak diketahui lahir dari benih penyatuan cinta manusia apa. Nama yang semakin lama mengekori, akhirnya menjadi pendamping paling setia. Walau tidak kupamerkan, jauh disudut hati, aku sebenarnya semakin menggemari nama itu. Mawar, Mawar Kusinar.... indah
Aku tidak diketahui asal usul. Itu yang diberitahu oleh penjaga di rumah jagaan kebajikan yang aku diami sedari kecil. Dan aku pun tidak pernah mahu tahu siapa aku. Kerana siapa pun aku, ia tidak akan mengubah apa-apa. Tidak akan mengubah apa-apa pun... aku tanamkan pendirian itu sedari, aku mampu berfikir. Entah marah kerana aku dibuang (dibuang?) oleh pencinta yang melahirkan aku, atau marah kepada diri sendiri yang gagal menjadi 'cinta' kepada mereka.
Aku menjadi perengus sejak itu. Kesepian dan kebisuan adalah milik mutlakku. Aku lebih suka menyepi dan menyisih hanya kerana tersisih dari manusia yang aku kasih. "Mungkin juga takdir kadangkala dilihat bersifat kejam. Tapi sebagai manusia kita tidak tahu apa rencana yang telah ditulis oleh Pemilik Agung kepada diri kita sebagai hamba". Aku menjadi lebih kuat hanya setelah mentafsir kata-kata azimat yang aku curi dengar itu, ketika melintasi lorong belakang sebuah masjid, yang memisahkan rumah jagaan, satu blok dari dunia luar.
Pada suatu pagi yang permai, (pagi yang merubah kehidupanku sehingga saat ini) sedang aku merenung keluar kaca jendela memerhati rintik hujan, aku tiba-tiba terfikir untuk ingin berlari mengikut angin. Bertanya mengapa ia pergi bersama rintik hujan yang dibawa lari daripadaku. Dari saat itu, aku berlari dan berlari. Mencari dan mencari. Jika penat aku berjalan. Dan kemudian berlari lagi...
Sampai satu saat aku sudah tidak melihat ada angin lagi didepan ku. Gelap. Teramat. Aku mencari cahaya. Tidak ketemu. Aku pun meraba mencari tanah. Ku ramas rumput yang menjalar di kaki, merasa daunnya dengan jemariku.

Wednesday, August 6, 2008

PERMATANG PAUH vs SENGAL

1. SPR tetapkan 26 Ogos tarikh pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh
2. Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di mahkamah esok, (7 Ogos) atas tuduhan liwat.
Aku terpanggil nak discus isu nih sbb aku rasa aku punya tanggungjwb sebagai rakyat Malaysia yg cintakan agama, bangsa dan negara utk syer pendapat aku, untuk korang berfikir sama. Senario politik negara kita dewasa ini sangat2lah membimbangkan. Masing2 samada kerajaan atau pembangkang rakus nak kuasa dan pertahan kuasa tanpa memikirkan hal kita ni semua - golongan rakyat - golongan marhaein. Diorg tak pedulik, rakyat susah nak makan sbb beras mahal ke, rakyat sengsara sbb minyak naik mcm nak giler ke, yang penting tembolok masing2 penuh berisi. Anak bini dan kaum kerabat dapat kemudahan paling baik, makan sedap, study oversea, berlagak ckp omputih, pandang hina kat rakyat selekeh mcm kita. tengok ajelah budak2 anak org kaya, anak datuk kat luar, kat disco sana, punyalah tak sedar diri. bapak masing2 makan duit rasuah, makan duit rakyat sampai kembung perut, tu pasal perangai anak2 nauzubillah.... malas nak citer
Berbalik kepada perkara yg aku nak citer tadi. Pak Dolah and the geng aku tengok beriya- iya sgt nak pastikan BN menang kat Permatang Pauh. Katanya, dia akan turun sendiri kat kawasan tu utk berkempen selain melantik Najib jadi Pengarah Pilihanraya BN kat sana. Apa dah jadi? Apa yg dia takutkan sgt kalau si Anwar Ibrahim 'Sengal' tu menang kat Permatang Pauh? apa yg anwar boleh buat kalau dia menang? boleh jadi PM ke? busuk2 dia boleh haruk pikuk kat parlimen nanti. so what? ada kesan ke kalau nak gubal dasar dan undang2 negara. kan BN masih majoriti? apa yg sengal sgt?

KESILAPAN pertama yg Pak Dolah buat adalah - adakan pilihanraya umum ke-13 awal sgt, that day. Alasan 'sengal + bodoh' dia, supaya anwar tak boleh bertanding sbb masa tu masih belum selesai kes mahkamah. Kesannya - BN kalah 80 kerusi kat pembangkang! daripada majoriti 1/2 jadi tak sampai separuh pun wakil BN kat parlimen skrg. ha! hadaplah segala YB pembangkang yg kuang ajar, biadap dan takde adab yg kita tengok kat parlimen skrg nih.

Kalau BN adakan pilihanraya ikut jadual, (selepas black 13 yg sengal tu ke, pedulik hapei), kemungkinan utk BN kalah, tak banyak. Setakat permatang pauh, apalah sgt. beriya sgt nak jaga Permatang Pauh (tempat lubuk kg halaman si anwar tu), 80 kawasan lain tergadai. 5 negeri pembangkang dapat. Strategi sapa la dia pakai? 5 negeri beb! bukan sikit!
Persoalannya , kenapa BN takut sgt ngan anwar? Dia bukan boleh buat apa. Ckp je berdegar2 habur pun tarak. kan semua org tau Anwar tu teror bab RETORIK je. Kemahiran bercakap, berhujah. jual air liur. poorah.
Pak Dollah ni strategi dia banyak yg salah. Geng 'think tank' dia tak betul, tak teror mcm geng 'think tank' zaman mahathir. Suma kaki kelentong, jaga perut buncit. diorg tipu pun, bukan Pak Dolah tahu. Sebab Pak Dolah tak pernah nak amek tau. Semua keputusan yg dia buat nampak tak bijak. Kalau nak disenaraikan, panjang berjela dan nanti kalau korang dengar, kornag pun sakit hati. Satu perkara yg sgt terkesan ialah isu MINYAK. Aku akan ulas sikit isu ni setakat yg aku mampu dalam edisi lain.
Ha, skrg Permatang Pauh sekali lagi bakal jadi kawasan hot kat Malaysia. Dia jadi hot, sbb lu yg kasi dia hot beb! layan sangat perangai si anwar tu buat apa? cepat sgt melatah! tu sbb dia jadi popular sgt. Cuba jgn dilayan org sengal mcm tuh. Tadbir jelah negara ni betul2 kalau tak nak kene suruh letak jawatan. Ini tak, entah hapa2 yg dia buat kat Malaysia nih. Nak sampai terlungkup agaknya negara ni baru dia nak tersedar? nasihat org keliling suma tak mau pakai.
Kalau nak tengok 'pesta menuai' yang hebat ala-ala funfair, ha, korang pegilah kat permatang pauh 26 ogos nih. tengoklah muka2 ahli politik macai kat sana. Sure suma big2 head UMNO dan BN turun. Takut ngan Anwar punya pasal! Apa nak jadi ntah. Dan org2 media, kene la buat report yg muluk2 pasal kejelikkan perangai diorng kat sana nanti.
Ini pasal si Anwar Ibrahim pulak. MELIWAT? ha itu ajelah yg dia tahu pun. Amalan MUHASABAH, agaknya takde langsung dalam diri dia. ok, fine, kalau pun korang nak kata dia tak salah, sbb mahkamah tak putuskan lagi, tapi org Malaysia ni bodoh sgt ke nak ke lantik pemimpin yang mcm tu? Nak jadi Perdana Menteri sbb nak balas dendam kat Tun Mahathir sbb bagi tau public yang dia meliwat org?
Korang jgn lupa, PAS dulu yg bukak citer pasal Anwar meliwat kat parlimen masa tu. Mintak polis siasat. Tu sebab Tun Mahathir arah tubuh satu badan siasatan berkenaan isu tu. Tu pasal yg dia kene. Sekrg ni, bila PAS dah join PKR, dia pulak yg marah, bila org kata Anwar meliwat. tak kelakar namanya tuh? Bukan ke dia yg dulu kata Anwar tu memang suka liwat org? ermmm politik Malaysia, itulah dia.
Isteri dia pulak, Datuk Seri Dr Wan Azizah (aku sebnrnya kesian sgt kat dia, berkorban, menanggung akibat perbuat suami) tubuhkan parti semata-mata untuk memperjuangkan seorang individu - iaitu suami dia. Parti PKR tu semata2 berjuang untuk si Anwar Ibrahim, bukan berjuang utk rakyat Malaysia pun. Tak sedar ke? Dari situ ramai lah pihak lain, DAP (Cina tak sedar diri), NGO, Badan Peguam (yg rata-rata bukan melayu) dll yag ambek kesempatan atas porak peranda politik negara yg berlaku sekrg. Yg jadi mangsa siapa? KITA, RAKYAT, AKU, KORANG SUMA....
Takkan kita nak tengok je nanti apa nak jadi ngan negara kita nih? Ada cadangan?

Monday, August 4, 2008

Entah

Seperti selalu aku menulis lagi...
aku mahu menulis sajak terindah
khas untuk insan yang paling aku sayangi
diriku sendiri...
Gadisku...
Makin hari dirimu makin jauh
tidak seperti dulu
tidak seperti semalam
bukan juga seperti kelmarin
engkau mahu menjadi...entahlah!
sekejap, sekental dan sekukuh tembok batu
sekejap seperti jernihnya air di kali
sekajap pula seperti malunya semalu
dan baru sebentar tadi seperti penyair agung
Gadisku...
tiap kali kau goyah
aku tak pernah lupa berdoa untukmu
berdoa agar kau menjadi
seperti yang kau mahu
asal saja dirimu
tidak seperti semalam atau yang dulu-dulu
Gadis...
sebetulnya kau keliru
entahlah...
kadangkala air mata terlalu murah nilainya
menitis,
menitis,
dan menitis lagi
hiba
sapulah air mata itu
dengan sapu tangan yang kau kutip di kerikil jalan
debu yang melekat
bisa membuatkan matamu pedih
lalu kau menangis lagi...