Friday, October 19, 2012


KELIRU

















Kebelakangan ini ada semacam sedikit kekeliruan terhadap diri sendiri. Aku fikir, selama hampir suku abad aku mengenali diri sendiri, aku cukup kenal siapa diri aku. Rupanya banyak yang aku tahu, banyak lagi yang aku tak tahu. Semua itu membuat aku keliru
.
Aku hampir tidak sedar bahawa aku tidak disenangi. Tidak disenangi oleh kawan sepejabat, tidak disenangi oleh kawan se'persekolahan', malah tidak disenangi oleh kawan-kawan di persatuan. Ia semakin merebak dan nanahnya berjangkit kepada semua orang-orang di sekeliling. Disebabkan tidak senang pada aku, mereka kemudiannya tebar fitnah aku begini, aku begitu. Semuanya buruk-buruk belaka. Tiada yang cantik. Dan semua yang terkena nanah itu percaya, yang buruk-buruk itu sebenarnya aku.

Persoalannya mengapa? Dan baru ini ku tahu, alasan mereka kerana aku sangat lantang, dan terkedepan sehingga membuatkan mereka merasa bodoh dan ketinggalan. Aku bertanya semula "Hanya kerana itu?"

Seseorang meningkah, "Itu bukan sekadar HANYA.  Itu mesej bahawa engkau tidak disukai. Di hadapanmu ya, mereka angguk kepala dan lempar senyum, tapi di belakangmu, mereka lempar keji, kutukan dan sumpah seranah. Itu hakikatnya".

Aku terkedu. Lama.

No comments: