Saturday, December 20, 2008

MENCARI SATU TITIK

Lately, aku semakin bosan dengan diri sendiri. Bosan yang sungguh-sungguh. Sampaikan aku rasa aku nak campak je badan aku ni kat dinding. Tapi tak larat nak angkat, hehehe. (aku da gemuk skang wei, susah ati betol!) . So aku sedang mencari-cari satu perkara yang membolehkan aku tak bohsan peringkat gaban macam sekarang. Aku pun tulis cerpen. Tapi aku rasa cerpen aku nih, mcm sengal jek. Sebab takde idea nak sambung tulis. Otak jadi pengap dan bengap. Jadinya, aku pun bertambah buhsan laaaa. Nanti kalau ada idea aku sambung balik...

Satu hari (sekarang ni) aku terfikir... Aku rasa aku dah lama sangat menanti. Menanti dan mencari satu titik. Dulu, satu masa dulu aku ingatkan aku dah jumpa titik tu. Rupanya itu bukan titik, koma je. Penat sebenarnya bila aku tumpukan sangat untuk sudahkan masalah ni. Macam takde benda lain nak pikir. Tapi lagi aku tak nak pikir, lagi banyak aku pikir. Datang bertalu-talu mcm gerabak ketapi...

Aku rasa aku dah hilang seorang kawan yang sangat aku suka. Tapi seperti biasa dia tak tau aku suka dan senang berkawan dengan dia. Dan aku tau, kenapa dia pergi dari aku. Sebab, keterujaan, dah mati. Dah takde lagi... Salah aku juga. Terlalu membuka jalan untuk dia mengharungi keterujaan tu. Ermm salah aku... Tapi lately juga, seorang kawan lain yang aku sangka dah lama hilang ramahnya, kembali memberi api semangat. Tapi perangai lama dia tetap tak berubah, memberi api, kemudian mencurahkannya kembali dengan air... dan seperti selalu, pergi lagi... Atau aku yang tak tau bersyukur dengan apa yang Tuhan dah bagi? Depan mata. Tapi dia tak nampak aku...

Ah... kat luar dah mula hujan. Aku nak pegi tangkap rama-rama.

ASSALAMMUALAIKUM

Assalammualaikum kawan-kawan..
Mana korang pegi? Mana semua orang pegi? Kenapa semua orang senyap je. Apa yang dah berlaku ni? Semua orang bz sangat ke lately? :(
Tiba-tiba aku rasa sunyi sangat. Hari ini 19hb Disember 2008. Aku sepatutnya balik keje pukul 12 tghmlm. Tapi boring, lepak kat ofis buang masa, bukak blog. Aku tengok semua org buat hal masing-masing. Tak meriah mcm dulu... ke, aku yang menjauhkan diri dari korang? Tak faham...
Keterujaan kadang-kadang datang tanpa diundang dan tak disangka-sangka. Yang sedihnya, ia akan hilang secepat ia hadir. Bila keterujaan itu sudah mati, yang tinggal hanya memori dan binaan kekecewaan yang konkrit. Menunggu satu saat lain, di mana ada satu makhluk yang ambik tukul besi, pecahkan dinding konkrit tu.

Tapi, bila si penukul besi tu nak datang? Tahun depan? 2 tahun lagi? 10 tahun lagi. Aku takut, bila nanti dia datang, aku dah mati....

Yang tinggal hanyalah memori... Dan dinding konkrit tu tak akan boleh dirobohkan lagi...

Wednesday, December 10, 2008

CERPEN SAMBUNGAN ...3

"Ada pergerakan pada bebola mata pesakit doktor!”
”Awak pasti?”
”Pasti doktor. Ia berlaku lebih 2 minit.Tapi sehingga sekarang pesakit masih belum sedar dan membuka mata sepenuhnya”
"Tidak mengapa, pesakit masih berusaha. Beri dia sedikit masa lagi. Nurse, laporkan perkembangan setiap jam”
”Baik doktor”
”Mawar... Cik Mawar...” Tiada jawapan. Sunyi. Dan mereka pun berlalu.

**

Perbualan itu seperti terakam dalam kepala. Berputar-putar. Mana? Di mana aku? Di mana mereka? Sekonyong-konyong terdengar bunyi seruling. Jalan di depan masih panjang. Bau hanyir sudah hilang. Suara seruling kembali datang.

Dari kejauhan terdengar sayu. Entah kenapa, aku kenal suara seruling itu. Dulu, suatu masa dulu aku pernah mendengar tiupan serupa. Sewaktu berdiri-diri di sebalik lorong di belakang rumah jagaan. Berdiri-diri menekap telinga ke dinding. Selain suara azan dan khutbah sekali-sekali, bunyi ini yang terakam di minda. Bunyi inilah. Seruling sayu yang menusuk. Aku kenal sungguh. Kemudian senyap! Sunyi. Kaku. Beku.

Tapi, ah! Kenapa? Mengapa di sini? Apakah ini penghujung waktu? Sudah habis? Adakah aku tak akan pulang ke rumah jagaan lagi? Ke lorong belakang tembok?. Mendengar azan? Curi-curi mendengar khutbah? Bunyi seruling? Dan kadangkala angin menyanyi? Adakah?

CERPEN SAMBUNGAN ... 2


Seperti semilir yang berbisik, aku terdengar satu suara. Suara yang memanggil nama ku dengan lembut. Aku terpana. Mencari arah suara itu. Kala ini aku mahu berdiri. Namun lutut terasa mahu rebah. Sempat juga kurasai tanah bersama rumput yang masih berada di dalam genggaman. Rumput itu kekuatanku kini. Sejurus suara itu hilang...
Aku ingin membuka mata luas-luas. Terasa pedih. Tiba-tiba terasa dada seperti mahu pecah. Namun, datang kekuatan, entah dari mana memaksaku untuk terus berjalan. Lalu aku pun berjalan. Perlahan-lahan nampak seperti satu laluan berbalam-balam di hadapan. Menuju satu titik yang sangat jauh. Semakin aku berjalan, titik itu seperti berlari meninggalkanku. Aku terfikir-fikir, di mana penghujung jalan itu.
Rumput di tanganku sudah kulepaskan. Dengan tangan yang masih berbau tanah, aku lekapkan telapak pada penghujung dada. Terasa ada lelehan likat. Hanyir. Darah!. Sejurus itu langkah menjadi perlahan. kesakitan menjalar di setiap ruang. Jantung terasa seperti mahu berhenti. Semakin lemah, dan lemah...

Monday, December 8, 2008

CERPEN : NAMAKU MAWAR

Nama aku Mawar. Mawar Kusinar. Entah kenapa sehingga saat ini, aku tidak faham (atau sengaja tidak mahu mengerti) apa kaitan nama itu dengan diriku sendiri. Mungkin mereka yang menamakan aku waktu itu, sudah buntu memikirkan apa yang paling molek untuk diriku yang tidak diketahui lahir dari benih penyatuan cinta manusia apa. Nama yang semakin lama mengekori, akhirnya menjadi pendamping paling setia. Walau tidak kupamerkan, jauh disudut hati, aku sebenarnya semakin menggemari nama itu. Mawar, Mawar Kusinar.... indah
Aku tidak diketahui asal usul. Itu yang diberitahu oleh penjaga di rumah jagaan kebajikan yang aku diami sedari kecil. Dan aku pun tidak pernah mahu tahu siapa aku. Kerana siapa pun aku, ia tidak akan mengubah apa-apa. Tidak akan mengubah apa-apa pun... aku tanamkan pendirian itu sedari, aku mampu berfikir. Entah marah kerana aku dibuang (dibuang?) oleh pencinta yang melahirkan aku, atau marah kepada diri sendiri yang gagal menjadi 'cinta' kepada mereka.
Aku menjadi perengus sejak itu. Kesepian dan kebisuan adalah milik mutlakku. Aku lebih suka menyepi dan menyisih hanya kerana tersisih dari manusia yang aku kasih. "Mungkin juga takdir kadangkala dilihat bersifat kejam. Tapi sebagai manusia kita tidak tahu apa rencana yang telah ditulis oleh Pemilik Agung kepada diri kita sebagai hamba". Aku menjadi lebih kuat hanya setelah mentafsir kata-kata azimat yang aku curi dengar itu, ketika melintasi lorong belakang sebuah masjid, yang memisahkan rumah jagaan, satu blok dari dunia luar.
Pada suatu pagi yang permai, (pagi yang merubah kehidupanku sehingga saat ini) sedang aku merenung keluar kaca jendela memerhati rintik hujan, aku tiba-tiba terfikir untuk ingin berlari mengikut angin. Bertanya mengapa ia pergi bersama rintik hujan yang dibawa lari daripadaku. Dari saat itu, aku berlari dan berlari. Mencari dan mencari. Jika penat aku berjalan. Dan kemudian berlari lagi...
Sampai satu saat aku sudah tidak melihat ada angin lagi didepan ku. Gelap. Teramat. Aku mencari cahaya. Tidak ketemu. Aku pun meraba mencari tanah. Ku ramas rumput yang menjalar di kaki, merasa daunnya dengan jemariku.

Wednesday, August 6, 2008

PERMATANG PAUH vs SENGAL

1. SPR tetapkan 26 Ogos tarikh pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh
2. Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di mahkamah esok, (7 Ogos) atas tuduhan liwat.
Aku terpanggil nak discus isu nih sbb aku rasa aku punya tanggungjwb sebagai rakyat Malaysia yg cintakan agama, bangsa dan negara utk syer pendapat aku, untuk korang berfikir sama. Senario politik negara kita dewasa ini sangat2lah membimbangkan. Masing2 samada kerajaan atau pembangkang rakus nak kuasa dan pertahan kuasa tanpa memikirkan hal kita ni semua - golongan rakyat - golongan marhaein. Diorg tak pedulik, rakyat susah nak makan sbb beras mahal ke, rakyat sengsara sbb minyak naik mcm nak giler ke, yang penting tembolok masing2 penuh berisi. Anak bini dan kaum kerabat dapat kemudahan paling baik, makan sedap, study oversea, berlagak ckp omputih, pandang hina kat rakyat selekeh mcm kita. tengok ajelah budak2 anak org kaya, anak datuk kat luar, kat disco sana, punyalah tak sedar diri. bapak masing2 makan duit rasuah, makan duit rakyat sampai kembung perut, tu pasal perangai anak2 nauzubillah.... malas nak citer
Berbalik kepada perkara yg aku nak citer tadi. Pak Dolah and the geng aku tengok beriya- iya sgt nak pastikan BN menang kat Permatang Pauh. Katanya, dia akan turun sendiri kat kawasan tu utk berkempen selain melantik Najib jadi Pengarah Pilihanraya BN kat sana. Apa dah jadi? Apa yg dia takutkan sgt kalau si Anwar Ibrahim 'Sengal' tu menang kat Permatang Pauh? apa yg anwar boleh buat kalau dia menang? boleh jadi PM ke? busuk2 dia boleh haruk pikuk kat parlimen nanti. so what? ada kesan ke kalau nak gubal dasar dan undang2 negara. kan BN masih majoriti? apa yg sengal sgt?

KESILAPAN pertama yg Pak Dolah buat adalah - adakan pilihanraya umum ke-13 awal sgt, that day. Alasan 'sengal + bodoh' dia, supaya anwar tak boleh bertanding sbb masa tu masih belum selesai kes mahkamah. Kesannya - BN kalah 80 kerusi kat pembangkang! daripada majoriti 1/2 jadi tak sampai separuh pun wakil BN kat parlimen skrg. ha! hadaplah segala YB pembangkang yg kuang ajar, biadap dan takde adab yg kita tengok kat parlimen skrg nih.

Kalau BN adakan pilihanraya ikut jadual, (selepas black 13 yg sengal tu ke, pedulik hapei), kemungkinan utk BN kalah, tak banyak. Setakat permatang pauh, apalah sgt. beriya sgt nak jaga Permatang Pauh (tempat lubuk kg halaman si anwar tu), 80 kawasan lain tergadai. 5 negeri pembangkang dapat. Strategi sapa la dia pakai? 5 negeri beb! bukan sikit!
Persoalannya , kenapa BN takut sgt ngan anwar? Dia bukan boleh buat apa. Ckp je berdegar2 habur pun tarak. kan semua org tau Anwar tu teror bab RETORIK je. Kemahiran bercakap, berhujah. jual air liur. poorah.
Pak Dollah ni strategi dia banyak yg salah. Geng 'think tank' dia tak betul, tak teror mcm geng 'think tank' zaman mahathir. Suma kaki kelentong, jaga perut buncit. diorg tipu pun, bukan Pak Dolah tahu. Sebab Pak Dolah tak pernah nak amek tau. Semua keputusan yg dia buat nampak tak bijak. Kalau nak disenaraikan, panjang berjela dan nanti kalau korang dengar, kornag pun sakit hati. Satu perkara yg sgt terkesan ialah isu MINYAK. Aku akan ulas sikit isu ni setakat yg aku mampu dalam edisi lain.
Ha, skrg Permatang Pauh sekali lagi bakal jadi kawasan hot kat Malaysia. Dia jadi hot, sbb lu yg kasi dia hot beb! layan sangat perangai si anwar tu buat apa? cepat sgt melatah! tu sbb dia jadi popular sgt. Cuba jgn dilayan org sengal mcm tuh. Tadbir jelah negara ni betul2 kalau tak nak kene suruh letak jawatan. Ini tak, entah hapa2 yg dia buat kat Malaysia nih. Nak sampai terlungkup agaknya negara ni baru dia nak tersedar? nasihat org keliling suma tak mau pakai.
Kalau nak tengok 'pesta menuai' yang hebat ala-ala funfair, ha, korang pegilah kat permatang pauh 26 ogos nih. tengoklah muka2 ahli politik macai kat sana. Sure suma big2 head UMNO dan BN turun. Takut ngan Anwar punya pasal! Apa nak jadi ntah. Dan org2 media, kene la buat report yg muluk2 pasal kejelikkan perangai diorng kat sana nanti.
Ini pasal si Anwar Ibrahim pulak. MELIWAT? ha itu ajelah yg dia tahu pun. Amalan MUHASABAH, agaknya takde langsung dalam diri dia. ok, fine, kalau pun korang nak kata dia tak salah, sbb mahkamah tak putuskan lagi, tapi org Malaysia ni bodoh sgt ke nak ke lantik pemimpin yang mcm tu? Nak jadi Perdana Menteri sbb nak balas dendam kat Tun Mahathir sbb bagi tau public yang dia meliwat org?
Korang jgn lupa, PAS dulu yg bukak citer pasal Anwar meliwat kat parlimen masa tu. Mintak polis siasat. Tu sebab Tun Mahathir arah tubuh satu badan siasatan berkenaan isu tu. Tu pasal yg dia kene. Sekrg ni, bila PAS dah join PKR, dia pulak yg marah, bila org kata Anwar meliwat. tak kelakar namanya tuh? Bukan ke dia yg dulu kata Anwar tu memang suka liwat org? ermmm politik Malaysia, itulah dia.
Isteri dia pulak, Datuk Seri Dr Wan Azizah (aku sebnrnya kesian sgt kat dia, berkorban, menanggung akibat perbuat suami) tubuhkan parti semata-mata untuk memperjuangkan seorang individu - iaitu suami dia. Parti PKR tu semata2 berjuang untuk si Anwar Ibrahim, bukan berjuang utk rakyat Malaysia pun. Tak sedar ke? Dari situ ramai lah pihak lain, DAP (Cina tak sedar diri), NGO, Badan Peguam (yg rata-rata bukan melayu) dll yag ambek kesempatan atas porak peranda politik negara yg berlaku sekrg. Yg jadi mangsa siapa? KITA, RAKYAT, AKU, KORANG SUMA....
Takkan kita nak tengok je nanti apa nak jadi ngan negara kita nih? Ada cadangan?

Monday, August 4, 2008

Entah

Seperti selalu aku menulis lagi...
aku mahu menulis sajak terindah
khas untuk insan yang paling aku sayangi
diriku sendiri...
Gadisku...
Makin hari dirimu makin jauh
tidak seperti dulu
tidak seperti semalam
bukan juga seperti kelmarin
engkau mahu menjadi...entahlah!
sekejap, sekental dan sekukuh tembok batu
sekejap seperti jernihnya air di kali
sekajap pula seperti malunya semalu
dan baru sebentar tadi seperti penyair agung
Gadisku...
tiap kali kau goyah
aku tak pernah lupa berdoa untukmu
berdoa agar kau menjadi
seperti yang kau mahu
asal saja dirimu
tidak seperti semalam atau yang dulu-dulu
Gadis...
sebetulnya kau keliru
entahlah...
kadangkala air mata terlalu murah nilainya
menitis,
menitis,
dan menitis lagi
hiba
sapulah air mata itu
dengan sapu tangan yang kau kutip di kerikil jalan
debu yang melekat
bisa membuatkan matamu pedih
lalu kau menangis lagi...

Wednesday, July 30, 2008

INGIN BERLARI DALAM HUJAN

Baru-baru ni aku terfikir nak migrate ke oversea. Negara yang aku pilih - NEW ZEALAND. Kenapa aku pilih New Zealand, sbb aku dah survey kat sana cost hidup dia paling murah kalau nak compare dengan semua negara omputih yg aku nak pegi. Nak compare ngan USD atau EURO aku rasa aku tak mampu nak convert RM. Even utk buat tambang flight pun aku tak mampu. Lagipun New Zealand mengalu-alukan kehadiran warga asing kat negara dia. Sebab rakyat dia sikit. Kambing biri-biri kat sana lagi banyak daripada jumlah keseluruhan rakyat dia. Jadi dia alu-alukan warga asing jadi warganegara terutama golongan profesional, pekerja mahir dan separa mahir.

So aku pilihlah New Zealand. Aku plan aku nak sambung study kat sana, sambil2 tu buat part time, carik duit byk2, balik Malaysia, bukak bisnes. Itu angan-angan aku.

Cita-cita nak duduk oversea dah lama aku fikir. Kali pertama aku terfikir benda ni masa tahun 2002 lagi. Masa aku baru abes degree kat UM. Masa tu aku plan nak pegi Manchester, sambung Master in Film. Tapi masa tu aku tak dapat cari penaja yg nak taja aku study. So aku pun peraplah angan2 tu. Hanya baru-baru ni aku terfikir balik idea nih. Masalah sama timbul - takde duit. Aku letih laaa takde duit (ada, tapi tak cukup). Aku nak cari income lebih.

Aku pun terfikir, aku nak gamble je pegi sana. Jual apa je hartamenda yg aku ada utk survive beberapa bulan kat sana cover ngan duit tambang sekali, sebelum aku dapat keje. Bila dah sampai sana perkara pertama yg aku nak buat kalau dah cukup duit, aku nak ambek kelas Bahasa Inggeris. Cari keje, busuk2 pun keje basuh pinggan kat restoran mamak pun ok. Lepas tu try apply mana-mana kolej atau universiti utk sambung study.

Mesti korang kata aku dah gile kan. Aku sebenarnya da boring dgn rutin hidup aku skrg. Kewangan mendesak. Kerjaya aku tak memberangsangkan. Dikelilingi org2 yang hipokrit dan berpura-pura buat aku sakit jiwa. Aku nak cabar diri aku, sejauh mana aku boleh pergi selama 30 tahun aku dah hidup kat bumi Tuhan ni.

Tapi aku terfikir pulak, takkan aku nak korbankan apa yg aku ada kat Malaysia? Kerja aku. Takkan aku nak berhenti kerja kat RTM ni? Sayang pulak. Mcm mana ngan keluarga aku? Kawan2? Orang yg aku sayang? Kadang-kadang aku terfikit macam pentingkan diri sendiri la pulak. Aku buntu..

So kawan2, aku nak minta pendapat korang tentang idea ku nih. Apa yang aku nak buat. Rasional ke tak apa yg aku fikir nih. Terima kasih atas pandangan korang suma...

Friday, July 25, 2008

BLANK


Untuk sekian kalinya
aku seperti mahu menjadi aku yang dulu
tenang menghirup nyamannya bait-bait puisi
dan tegar menggarap cepen-cerpen penuh keindahan

tetapi waktu begitu cemburu
walau aku mahu menulis
sajak terpendek dalam hidupku

kerana sudah terlalu lama
terasa begitu payah mahu melontar
walau sepatah ayat

lalu aku pun berlari mencari mimpi
kalau-kalau dalam mimpi silamku
aku bakal terkesima pada kenangan-kenangan indah
buat rencahan bait demi bait

lalu aku pun mula memuntah tinta-tinta sepi
kala kedinginan membaham segala ruang bilik sempit ini
dan seperti selalu hati pun meronta-ronta
mahu menitip puisi paling indah

namun seperti selalu jua
puisi-puisi gersang ku ini
sering saja menjadi penghuni tetap
bakulan sampah para editor
syarikat terbitan ibukota

dan seperti dulu juga
aku tidak pernah malu
menutur puisi-puisi sepiku
walau aku tahu
kekontangan idea kian parah

tatkala aku sedari
puisi-puisiku hanyalah (tidak lebih dari)
lontaran-lontaran rasa yang membingit (tanpa arah)
aku kembali buntu
hanya mampu merenung
penaku yang kaku bersama mata yang layu....

DIARI LAMA


Pagi tadi aku pegi berenang lagi. Antara perkara yang buat aku paling tenang kala ini. Balik rumah, aku breakfast, lepas tu kemas apa yang patut. Masuk bilik, hajat hati nak kemas2 buku, susun baju dalam almari. Tiba-tiba diary lama aku terjatuh ke lantai. Kat sini rupanya kau. Aku sendiri yang sorok, aku sendiri yang lupa mana aku simpan.
Aku pun selak satu2. Aku selak dari helaian pertama aku tulis diari tu sampai ke helaian terakhir yang aku tulis. Hmmmm, hidup aku....hidup aku dalam buku tu...rupanya macam ni aku dulu...
Pada satu helaian bertarikh 16 Mac 2003, ada tertulis catatan ini;
"Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah, aku hidup lagi di muka bumi milikmu ini. Betapa selama hidupku ini aku menjadi insan paling berdosa dalam sejarah hidup ku sendiri. Ampunkan aku ya Tuhan. Bagaimana harusku basuh dosaku yang semakin likat dan pekat ini. Untuk kau ketahui, perasaan ini amat suci Tuhan. Aku dambakan gelora ini selama ini. Seperti aku katakan dulu. Aku mungkin bakal menjadi insan berdosa jika 'pertemuan' itu terjadi..."

Aku kembali mengingat2 apa yang berlaku antara tempoh itu. Ya, kenangan tu menerjah kembali kepala hotak aku nih...kenangan tu datang...

Diari lama tu aku selak lagi. Kali ni aku selak kembali helaian terdahulu. Dan aku kira catataan itu ada kaitannya dengan catatn yang satu ini. Catatan yang aku tulis 3 tahun sblm itu - 25 Disember 2000;

"Bismillahhirrahmanirrahim...
Semakin jauh aku menerjah hidup, banyak kerikil pengalaman dan kenangan yang aku tinggalkan di sepanjang perjalanan yang masih panjang ini. Merempuh lautan bergelora, bergelumang dengan lumpur, bermain dengan angin, menyanyi bersama burung, mekar bersama kelopak bunga, berlarian di taman impian, sedang pelangi tersenyum indah di ufuk sana. Aku amat mencintai kehidupan ini.

Tuhan, Kau telah memberikan aku segala-galanya. Kehidupan yang ceria, keluarga yang bahagia, kawan2 yang memahami, menjejaki universiti (medan ilmu ku), punya masa depan yang cerah, sihat tubuh badan, banyak punya kelebihan, keburukan yang boleh diubah, rezeki melimpah, ada didikan agama yang agak kukuh dan punyai perasaan yang indah.
Jika mahu dihitung, kebahagian yang dinimati datang dari Mu, Tuhan, tak terbalas oleh ku, hamba yang kerdil ini. Tapi seringkali aku lalai dari menyembahMu. Seringkali terleka dengan kenikmatan dan kebahagian yang Kau kurniakan. Dan aku tak pernah malu untuk meminta pada Mu, di masa susah ku. Tidak pernah mahu serik. Namun, Kau tetap limpahkan aku dengan kerahmatan Mu. Moga-moga. Tuhan, jangan Kau berpaling daripadaku. Aku sebenarnya tidak punya sesiapa selain dari Mu, Tuhanku. Tempat aku meluah perasaan dan penyelesai kebuntuan fikiran. Syukur aku kerana berlindung di bawah sinar terang milik Mu.

Tuhanku,
Aku seringkali merintih tidak punya 'teman'. Aku tahu itu semua kententuan Mu. Kau tabahkanlah hatiku untuk menempuh hari-hari mendatang. Mungkin ada hikmah Kau tidak ketemukan aku atau tidak menyambung ikatan antara aku dan 'teman' itu. Agaknya aku bakal menjadi manusia berdosa jika pertemuan itu terjadi. Jadi aku akur..

Namun Tuhanku, akhir-akhir ini hatiku sering bergetar. Getarannya tak pernah aku alami sebelum ini. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Terus berdiam atau mengikut rentak getaran itu. Tapi yang pasti aku amat tertarik dan begitu kepingin sekali..."

Lepas tu aku pun faham, Tuhan tak kejam pada umatNya. Hanya umatNya lah yang sebenarnya kejam pada dirinya sendiri. Aku pun terfikir, aku nak bakar diari lama aku tu dan semua catatan-catatan di dalamnya...Entah, aku rasa aku dah faham benar kali ni...

Thursday, July 10, 2008

HELLLOOOO

HELLLOOOO!!!!!!

BANGUN! BANGUN! BANGUN SUMA!

HEHEHE, takde pape, saje jer nak bagi gempak kat diri sendiri. Sebenarnya aku suruh diri aku ni yg bangun. Sangaaaaap je selalu. Aku dah lama tak menulis kat blog nih. Ari ni nak start balik. Aku nak jadi aku yang dulu. Sentiasa BERSEMANGAT dan BERCITA-CITA TINGGI.

Aku tengah cuti skrg ni. Aku ambek cuti 22 hari sejak 7hb ari tu. Hah, pueh ati den. Aku saje je nak memberi tekanan kat ofis, kat bos aku especially. Last2 aku yg tertekan. Tak tau nak buat apa duk umah lama2. waaaaaaa, sob, sob, sob. Strategi tak jadi la pulak. So, jadilah aku seorang surirumah sepenuh masa. Memasak, membasuh dan melipat kain, mencuci pinggan mangkuk. huhuhu. Penat wooo jadi surirumah rupanya....

Aku pun terfikir, nak menulis, Tulis novel. Novel CINTA!!! Hah, buhsan ke? arghhh tak kira, aku nak tulis novel cinta gak. Kali ni aku nak buat yg ngam ho punya. nanti kalau dah siap, korang gi la carik buku/novel aku kat pasaran yek. ekekekeke

Tapi citer cinta sapa aku nak tulis? Kisah cinta AKU? NO WAY! PLEASE LAH. So, aku kene reka2lah nih? hehehe. Best, mesti best nih. Masuk bakul angkat sendiri.

Aksi2 manja kucing ni apa hal la pulak? hahahaha saje je. Melihat aku yg baru dari 'sudut' yg berbeza. Kan selalu tengok tegak kat depan, kali ini kita melihat manusia bernama 'mawarkusinar' ni (wakakaka) secara 'senget' pulak.

Ada sebab kenapa aku cakap mcm nih. Pada sesapa yg paham, paham lah. Kalau tak paham, aku takkan berusaha bagi korang paham pun. :p

Macam2 sebenarnya berlaku sepanjng aku tak tulis dalam blog ni. Tapi banyak sgt la pulak. Maleh nak tulis. Haaaa ada satu, hehehe. Kengkawan! Aku da pandai berenang!!! kui,kui,kui,kui.

Korang suma. Bila kita nak wat gathering beramai2. Tak rindu kat aku ke? wakakakaka. Aku tau korang mesti rindu kat aku, saje je tak mao ngaku. hahahahaha. Aku gurau jelah. Rilex arrr. Aku tengah tensen nih. Alahhh, dah pukul 4ptg? cepatnya masa berlalu. Aku dah kene angkat kain, pegi dapur, tengok apa yg patut, lipat kain. siram bunga. sapu laman rumah. buhsannnnnnn.

Aku teringin nak pegi berfoya2 la... tengok laut. tengok pantai. tengok langit....ermmmm

Monday, June 9, 2008

KAWAN GEMBIRA

Kawan membahagiakan...kehadiran mereka membawa keceriaan dalam hidup.

Tanpa mereka aku sunyi...jauh dari gelak ketawa. Mereka "menghidupkan" hidup ku untuk terus hidup.

Aku jadi lebih kenal manusia bersama mereka. Walau masing-masing punya cerita sendiri, tapi ia membuat aku senang dan selesa...



Senang dan selesa maknanya, aku gembira.

Kegembiraan sukar dibeli. Ia datang sendiri dengan jujur. Ia pergi juga dengan jujur.





Betapa jujurnya ia kadangkala membuatkan aku terfikir, bagaimana untuk membuatkan ia kekal di dalam sanubari. Kekal di situ, tak mungkin berubah dan tak akan pergi lagi.

Tapi aku perlu juga akur, ia tak datang selalu. Dan juga tidak mustahil ia akan datang kembali. Itu, akan aku nantikan sampai bila-bila.

Namun, entah kenapa, aku rasa keseorangan semula akhirnya...sunyi dan sepi. Kaku juga bisu...

Wednesday, June 4, 2008

Proud To Be Malaysian

Kenapa saya bangga menjadi anak Malaysia



Kita tanam padi kita sendiri. Walaupun kadang-kadang kita ada import sikit-sikit dari luar negara. Tapi apa yang pasti kita rakyat Malaysia tidak akan mati kebuluran di negara tercinta ini hanya disebabkan tak cukup makan...



Lambang anak bangsa ... pelbagai kaum, agama dan budaya.. avoid bias please



suasana kampung yang mendamaikan...








Kebanggaan kita semua Menara Berkembar KLCC







KITA HARI INI

Sampai satu saat, kadang-kadang kita terfikir, siapa kita hari ini? Apakah yang mencorakkan kita selama ini? Berfungsikah kita sebagai seorang manusia? Memberi faedah kepada orang lain atau sebaliknya?

Adakah kehadiran kita dirasai, dihargai? Atau apakah, ada atau tidaknya kita, tiada beza? Bagai rumput yang melata, tidak terkesan pada sesiapa. Melihat matahari dengan kosong mata, kosong fikiran...

Kenapa semua itu penting dalam hidup? Soalan yang bunyinya mudah tapi mempunyai impak yang sangat besar dalam diri.

Kita hanya akan rasa diri kita bernilai jika ada orang lain menghargai kita...Penghargaan mampu memberi keterujaan. Tapi kadangkala keterujaan juga mampu menaikkan sikap riak dan ujub. Maka keikhlasanpun semakin menjauh dari diri.
Pada aku, dalam banyak-banyak perkara dalam dunia, IKHLAS adalah sesuatu yang paling payah. Bila seseorang itu berjaya mencapai tahap ikhlas yang sebegitu, kita akan menjadi manusia paling redha, bersyukur dan paling hebat, mampu menikmati hidup dengan lebih sempurna.
Dan setiap hari juga kita berjumpa dengan bermacam-macam orang yang mempunyai bermacam-macam perangai. Juga bermacam-macam tahap pemikiran. Kita hanya akan selesa jika berada dalam kalangan orang-orang yang punya sama perangai, sifat dan tahap pemikiran dengan kita. Maka akan jadilah kita , seperti yang diutarakan oleh seorang 'guru' baru-baru ini "Balkanisasi"-mengasingkan diri daripada kelompok lain dan hanya menyertai kelompok yang sama pemikiran dan ideologi dengan diri mereka...
Terfikirkah, istimewanya kita menjadi seorang manusia...

Friday, May 30, 2008

Hari-hari yang sunyi

Hari-hari yang sunyi. Hari-hari sunyi. Sunyi je hari-hari. Rasa sunyi walaupun di tengah-tengah ramai orang. Macam sampan yang terpisah di tengah lautan. Merenung air biru yang jernih, bagai mahu menyelam jauh ke dasarnya, melihat apa yang tersembunyi di sebalik kejernihannya...

Suatu waktu dahulu, aku bagaikan sampan. Hanyut tiada pendayung. Mencari-cari cahaya. Cahaya ada, tapi aku tak jumpa. Tanpa aku sedar, laut tu luas sebenarnya...

Monday, May 19, 2008

Hujan

Hujan petang kelmarin mengingatkan aku pada sebuah hati. Hati milikku sendiri. Sekeping hati itu kala ini basah, tapi dingin dan salju, syahdu sekaligus. Memerhati rintik hujan yang mengalir di tingkap kaca, satu-satu begini, bagaikan memerhati air mata yang tumpah. Mengalir terus ke dalam hati dan beku di situ. Aku mendongak ke langit. Awan kelam, hitam dan kelabu. Bagai hati ku jua.


Tatkala ribut melanda dan pepohon bergoyang, hati pun turut bergoncang. Ah! aku sebenarnya sudah bosan berpuisi. Hati memberontak, gersang memiliki kasih. Namun, tanpa lontaran puisi, hati bagaikan digigit resah. Bergelodak membuak marah. Kekadang menjadi merah dan berdarah. Lalu aku pun berpuisi lagi.


Saat-saat begini, hati dan perasaan kepunyaanku bagai diarah menjemput ingatan dan kenangan yang paling mahal. Kerana dalam hidup ini aku hanya punya kenangan. Bukankah setiap kenangan itu sesuatu yang indah untuk dikenang?


Sampai satu waktu merahnya cinta melanda sanubari. Untuk sekian kalinya naluri bergetar dan hati pun berlagu irama kasih. Aku pun berkata pada hati yang satu milikku ini;


"izinkan aku menyentuh ruang tamu mu yang terbuka dengan jemari rasa, seorang perindu menggamit sendu di hujung lamun mu.."


Aku tak betah meluahkan pada sesiapa, termasuk pada insan yang paling aku cintai


Irama cinta syahdu, rupanya beralun di hati sendiri. Mungkin barangkali takdirnya aku hidup sendiri. Menagih cinta tanpa menyedari aku tak punya sesiapa.


Tiba-tiba hujan pun reda. Awan kelabu beransur menjadi putih. Beburung pun berlari menyulam awan. Tiada lagi rintik hujan di tingkap kaca. Tiada lagi irama syahdu yang berbisik dari pergunungan. Lantas mentari melebar cahaya, menyusup setiap rongga dan ruang sampai ke lubuk hati. Lalu hati yang beku menjadi cair.


Dalam remang-remang senja aku berdiri. Tatkala lagu-lagu rindu enggan bicara apa. Dan entah kenapa, air mata begitu murah. Lalu ia gugur untuk kali yang entah ke berapa...

Sunday, May 18, 2008

Catatan seorang pelarian

Aku adalah pelarian. Pelari sepi yang mencari erti sebuah kehidupan. Setiap pelabuahan yang ku lewati, mengundang jutaan nostalgia yang aku titip di dalam buku catatanku. Antara jutaan nostagia itu, aku terkesima pada nostalgia yang satu ini...

Aku tiba di pelabuhan ini pada pagi nyaman 13 Mac. Setiap anak tangga ku daki dengan debaran yang bergumpal. Kedatanganku disambut dengan senyuman. Senyuman itu untuk akukah? atau untuk seorang yang bernama perempuan? Entah. Aku tidak tahu. Yang paling utama, aku diterima.

Sebenarnya aku tidak tahu, di mana harus ku mulai menulis catatan ini. Tapi yang nyata aku kenal erti manusia, di sini. Siapa itu manusia, bagaimana sifat dan sikapnya, tentang perasaan dan hati budi. Keegoan dan keterpaksaan, diperintah dan memerintah. Ah, banyak lagi yang aku tak betah untuk tuliskan.

Rupanya dalam banyak-banyak buah yang manis, Ada terselit satu dua yang payau. Warnanya sama, bentuknya sama. Aku sedar hanya setelah aku cuba merasanya. Tapi kata seorang kawan, jika termakan yang payau, yang masam, yang kelat, jangan terus membuangkannya. Kulum dalam mulut, telan perlahan-lahan. Dan jangan buang senyum di bibir.

Mulanya aku tak betah. Mana mungkin memakan buah yang memasamkan tekakku. Tapi katanya, apa salah jika kita pahit tekak hari ini. Asalkan kita akan merasa manisnya kemudian hari... Terfikir aku... oh! hidup ini ada getir yang perlu dilalui.

Kadang-kadang aku merasa seperti orang asing. Menerjah luasnya belantara, panasnya padang pasir, dan dalamnya lautan, seorang diri... Tapi seringkali juga aku terlupa bahawa dunia ciptaan Tuhan ini takkan ada serinya jika semua orang bahagia. Masing-masing menyimpan sejarah hidup yang tak terungkap. Mungkin masam buah yang aku telan, tak sepahit buah yang melalui kerongkong orang lain.

Sehingga sampai satu saat, aku terpaksa menjadi pelarian lagi. Setelah pelabuhan yang aku lewati itu, terpaksa aku tinggalkan demi mengejar impianku. Tapi yang aku amat pasti, pengalaman yang aku tempuh ini, bakal menjadi catatan yang paling mahal. Kerana hidup sebagai seorang pelarian, bukankan menjadi pencatat kisah manusia yang paling pahit?

Aku yang punya perasaan

aku takut pada perasaan ini
perasaan ini terentang seribu kepayahan
perasaan ini bakal mengundang
kekecewaan dan kelukaan
yang maha dalam...

namun sebelum terjatuh
doaku agar
sempat aku berpaut
pada serapuh ranting
walau telah dimakan anai-anai
akarnya cukup kuat
untuk ku bergantung

dan moga dalam kelanaku nanti
terhenti pada suatu pelabuahan
yang padanya
perasaan ini
tidak pernah mati...

Kerinduan Yang Pahit

Rinduku sering saja
bertaburan di kerikil jalan
rinduku juga sering hanyut
lemas dibawa ombak ganas
sehingga itu...
aku tak pernah mahu tahu
pada gurun pasir mana nanti
rinduku itu bakal terbenam
kerana walau direndam dalam
lahar yang likat dan panas sekalipun
rinduku itu akan kekal begitu
tak berubah wajah...

Manusia dan Aku




Puisi ni aku tulis pada 2004. Cepatnya masa berlalu...


Manusia bohong pada dusta kata-kata

sedang aku memasang telinga dengan buta mata

sengaja membiarkan keadaan bingit menggigit

ah...sebenarnya aku sudah bosan

melihat dan mendengar segala bohong pada

setiap kata dusta mereka

namun mereka terus melolong, membingit

dan tak pernah sekali pun lintas

peduli padaku..

atau akukah yang dulu berpaling dan

sengaja menyisih?

dari dunia yang aku kasih?...


mawarkusinar
shah alam

28.06.2008

8.37 pm

CINTA...Cinta?? ya, cinta lah..






Aku lagi nih..

Dah beberapa minggu tak menulis. Sibuk sikit lately...pagi ni nak sambung balik. This time, aku terpanggil nak borak bab cinta. Perkataan tu sebenarnya dah lama aku tak ucapkan kat mulut...kat hati..kat kepala hotak...Tak la lama sgt actually. Ada la dlm setahun dua.
CINTA. Ermm apa ada dengan cinta? Satu saat aku penah terfikir nak bunuh diri sebab cinta...perghhhh, nasib tak mati. kalau tak, masuk neraka terus ...
Yang aku tau cinta tu mahal. Mahal sgt..sgt mahal. Tapi entah kenapa bodohnya aku, aku jual murah je..mcm bole beli kat pasar borong. Poyosss je.
Aku tak tau. Dunia ni kejam atau manusia tu sendiri yg kejam. Aku sambung balik nanti leh tak? ngantukssss gilerrrrr

Tuesday, May 6, 2008

Hi! It's Me Again...

Assalammualaikum...

I may shift to my new house this weekend. What a tired weekend huh? But at the same time I can't wait to move into that 'new' house. It's not new actually, just renovation. That's all.

There are so many things I want to share with you guys. I need to know what people looking for to be succesful and steps to achieve it.

The day after The Ntahapahapantah was born

Hello there...

Assalamualaikum

Last nite one of my siblings (my youngest brother actually) told me that, blog is only for people who dont have much things to do. For a while i agreed with him. But moment later, I refused to admit it. Why? Because, i realized that he was referring to me. He,he,he. He think that I (as he knew well) can't update my blog every day, since he knows that I am like to zzzzz all over the time.

To prove that I'm not such a person, I must change. (Hah, please pray for me) . And he replied.. "ermmm ok..." with his synical smile... (hampeh betull la dia nih, takpe, gua boleh buat beb! gua percaya gua bole buat. JOMBACABLOGGUA.

SILA LAH MASUK

Assalammualaikum ...

Actually, I'm very new to be so called "bloggers" world. It's never across into my mind to be a blogger. Until I attended a course on broadcast journalism. It may me think that I've lose a lot for not having my own "blog".

The main purpose is to share ideas with others and to avoid wrong judgement about others. In order to do that, I hoping that I will be able to know about other people, their values. This is include getting ideas about current issues, entertainment, umovies, human relations, feelings, love, sports, literature, politics, history and culture.

Besides, I think spreading ideas is the main process in knowing people's mind and thought. Getting information not limited only from books. Blogging is one way to know and learn about so many things.

Skills of thinking that Allah awarded, making us, (as a servant) being more 'humanly'. Especially in order to complete our duty and responsibility as a 'khalifah' on earth. Klise huh?

Differentiate us from creature that we call, 'a_, _,m,_,l ' (well, you know what I mean by that) Orang Melayu kata : 'Kalau malas nak pikir, jangan jadi orang, lagi baik. Ekekekeke'. Bertuah kita jadi MANUSIA aka INSAN. Isn't it?

Finally, for all my freinds, you could acces to my blog. Tthose who are new, welcome to my life!!. I will really appreciated all your sincere comments. Enjoy NTAHAPAHAPANTAH.