Friday, July 25, 2008

BLANK


Untuk sekian kalinya
aku seperti mahu menjadi aku yang dulu
tenang menghirup nyamannya bait-bait puisi
dan tegar menggarap cepen-cerpen penuh keindahan

tetapi waktu begitu cemburu
walau aku mahu menulis
sajak terpendek dalam hidupku

kerana sudah terlalu lama
terasa begitu payah mahu melontar
walau sepatah ayat

lalu aku pun berlari mencari mimpi
kalau-kalau dalam mimpi silamku
aku bakal terkesima pada kenangan-kenangan indah
buat rencahan bait demi bait

lalu aku pun mula memuntah tinta-tinta sepi
kala kedinginan membaham segala ruang bilik sempit ini
dan seperti selalu hati pun meronta-ronta
mahu menitip puisi paling indah

namun seperti selalu jua
puisi-puisi gersang ku ini
sering saja menjadi penghuni tetap
bakulan sampah para editor
syarikat terbitan ibukota

dan seperti dulu juga
aku tidak pernah malu
menutur puisi-puisi sepiku
walau aku tahu
kekontangan idea kian parah

tatkala aku sedari
puisi-puisiku hanyalah (tidak lebih dari)
lontaran-lontaran rasa yang membingit (tanpa arah)
aku kembali buntu
hanya mampu merenung
penaku yang kaku bersama mata yang layu....

8 comments:

Juriyati Mat Jalil said...

Tak akan tidur mengulang mimpi
Kalau lenanya disulam kenangan
Tak akan datang ilham dicari
Kalau mimpinya bersadurkan angan

NIzATIe said...

JUM..BERGURULAH DENGAN KAK JU..DIA PAKAR BAB2 NAK BERPUITIS2 APATAH LAGI MENYUSUN AYAT!

PENDAPAT AKU LA..PUISI NI MELAMBANGKAN KATA - KATA DARI DALAM HATI..KALAU KITA GEMBIRA..LONTARAN KATANYA BERBUNGA - BUNGA BAHAGIA..KALAU KECEWA..MULALAH ILHAM PUISINYA KISAH SEPI..SEPI SEKALI (MCM LAGU DATO'Z PLAK)..KO NI AKU MELIHAT PUISI YANG KO AKAN DAPAT KARANG DLM WAKTU TERDEKAT INI IALAH PUISI ORANG DALAM DILEMMA MEMILIH HUHUHU!!

Haffiz 696 said...

jum..aku terkesima dan tersadung dibawah sedarku sendiri membaca puisi mu itu. oh sungguh pilu hati ini seolah2 disalut kuprum..hehehehehehh!

xanda_zatoichi said...

Assalamualaikum sis...
Holla...Rasa teruja bila mengetahui kau amik swimming lesson. Bagus xcercise tue. Dulu masa aku bujang, twice a week aku pong pie swimming. Tapi setakat swim biasa2 jer.(sebenarnya aku suka pakai swimming suit tuh....wakakakakak)..
Lepas nie bley lah amik lesen nyelam pulak!!!

Btw, sorrylah lama sungguh aku menyepi. Masih nak membiasakan diri dengan tugasan baru. Bercakap lagi susah dari menulis rupanya. Ditambah lagi dengan harapan KBR yg terlalu tinggi diletakkan ke atas kepala aku.Rasa mcm beban pun ada kadang2. Aku nie bukan jenis petah berkata-kata..
Tapi, i'll try my best. Mungkin nak memulakan agak payah... tapi lama kelamaan, mungkin ok lah nnt.

Kandungan aku dah nak masuk 8 bulan.Masa start ngandung 7 bulan masa paling sukar sekali. Baby sentiasa mengejang n tempoh matang nie anytime bley terberanak (wakakakakaka...) tapi so far..ok lah. Harap2 aku ngandung cukup bulanlah.

k lah JUM.. dah panjang jugak aku bagi comment nie. Nnt bila senang2 aku tulis lagi.

and FYI, bulan 9 nie aku dah mula cuti bersalin. Doakan aku and baby selamat yer. Almaklumlah, di saat2 itu, segalanya berkemungkinan....

KUSINAR said...

Kak ju, mana ada orang berangan. Ilham memang susah nak dpt skrg, ekekeke. anyway thanks a lot :)

KUSINAR said...

Ati, aku memang nak berguru ngan kak ju, tapi rasa kerdil sgt, tak layak la tak setaraf. Dia da terror peringkat dewa. Aku penyajak cabuk jek.:p

"puisi melambangkan kata-kata dlm hati..." ermmm bole tahan gak pendapat nih. tapi term "dilema memilih" tu aku tak setuju. Tak semestinya kalau kau tengok langit tu biru, dia memang biru. Kau paham maksud aku kan...? ermm tapi aku nak ucap terima kasih jugak, sbb kepekaan kau nih. hihihi

KUSINAR said...

Akam, 'disalut kuprum'??? ko biar betollll. Perli aku nampak. Nak kene nih :p

Nanti kau dapat ilham, baru kau tau, aku sapa. wakakaka

KUSINAR said...

Effa, excited aku baca komen kau. thanks anyway join blog kudut aku nih. aku amek kelas swimming tu kengkonon nak excercise la nak kurus. padahal lagi bagai dipam-pam adalah aku sekrg nih. ekeke

Rindu kat ko. A verry independant and iron woman. Pasal tugasan baru kau tu, aku yakin ko boleh buat punya. Aku yakin sgt kau boleh.

Kitaorg suma sentiasa doakan kau selamat bersalin dan dapat baby yg sihat dan comel. Selalu keep in touch ya. Jaga diri baik-baik ok :)