Wednesday, July 30, 2008

INGIN BERLARI DALAM HUJAN

Baru-baru ni aku terfikir nak migrate ke oversea. Negara yang aku pilih - NEW ZEALAND. Kenapa aku pilih New Zealand, sbb aku dah survey kat sana cost hidup dia paling murah kalau nak compare dengan semua negara omputih yg aku nak pegi. Nak compare ngan USD atau EURO aku rasa aku tak mampu nak convert RM. Even utk buat tambang flight pun aku tak mampu. Lagipun New Zealand mengalu-alukan kehadiran warga asing kat negara dia. Sebab rakyat dia sikit. Kambing biri-biri kat sana lagi banyak daripada jumlah keseluruhan rakyat dia. Jadi dia alu-alukan warga asing jadi warganegara terutama golongan profesional, pekerja mahir dan separa mahir.

So aku pilihlah New Zealand. Aku plan aku nak sambung study kat sana, sambil2 tu buat part time, carik duit byk2, balik Malaysia, bukak bisnes. Itu angan-angan aku.

Cita-cita nak duduk oversea dah lama aku fikir. Kali pertama aku terfikir benda ni masa tahun 2002 lagi. Masa aku baru abes degree kat UM. Masa tu aku plan nak pegi Manchester, sambung Master in Film. Tapi masa tu aku tak dapat cari penaja yg nak taja aku study. So aku pun peraplah angan2 tu. Hanya baru-baru ni aku terfikir balik idea nih. Masalah sama timbul - takde duit. Aku letih laaa takde duit (ada, tapi tak cukup). Aku nak cari income lebih.

Aku pun terfikir, aku nak gamble je pegi sana. Jual apa je hartamenda yg aku ada utk survive beberapa bulan kat sana cover ngan duit tambang sekali, sebelum aku dapat keje. Bila dah sampai sana perkara pertama yg aku nak buat kalau dah cukup duit, aku nak ambek kelas Bahasa Inggeris. Cari keje, busuk2 pun keje basuh pinggan kat restoran mamak pun ok. Lepas tu try apply mana-mana kolej atau universiti utk sambung study.

Mesti korang kata aku dah gile kan. Aku sebenarnya da boring dgn rutin hidup aku skrg. Kewangan mendesak. Kerjaya aku tak memberangsangkan. Dikelilingi org2 yang hipokrit dan berpura-pura buat aku sakit jiwa. Aku nak cabar diri aku, sejauh mana aku boleh pergi selama 30 tahun aku dah hidup kat bumi Tuhan ni.

Tapi aku terfikir pulak, takkan aku nak korbankan apa yg aku ada kat Malaysia? Kerja aku. Takkan aku nak berhenti kerja kat RTM ni? Sayang pulak. Mcm mana ngan keluarga aku? Kawan2? Orang yg aku sayang? Kadang-kadang aku terfikit macam pentingkan diri sendiri la pulak. Aku buntu..

So kawan2, aku nak minta pendapat korang tentang idea ku nih. Apa yang aku nak buat. Rasional ke tak apa yg aku fikir nih. Terima kasih atas pandangan korang suma...

11 comments:

Marian Awor said...

Aiii!!!! macam pernah kudengar rintihan ini! Tapi di mana ye!!! Kita dua ni serupa cuma bezanya, you nak migrate pergi luar negara, sedangkan saya kalau ada jodoh nanti, saya terpaksa ikut dia pegi negara dia, stay kat sana or i terpaksa ikut mana negara dia keja, saya kena ikut. Cadangan nak migrate tu, you kena fikir masak-masak dulu sebab perkara pertama yang harus you ingat adalah keluarga atau emak you. Or sanggup ke you berpisah dengan orang tersayang bergelar, 'kekasih'. Banyak perkara yang perlu you bincang benar-benar dengan keluarga seperti kesannya, emosi, kewangan, tempat tinggal, cost of living, siapa yang you kenal kat sana (melainkan kalau kita ni lelaki, ok jugak, tapi perempuan seorang di tempat asing, agak janggal bunyinya). BUT kak N kagum dengan niat you yang berani kerana cabaran itu merupakan satu destinasi yang indah ditempuhi jika kita berjaya mencapai apa yang diingini.

NIzATIe said...

JUM..

KO BOLEH MINTAK SAMBUNG STUDY DI BAWAH KEMENTERIAN ADA BIASISWA..CHECK AR, TAKPUN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM PUN RASANYA ADA..MCM UNDER RTM PUNYA, ADA PENGAJIAN YANG KERJASAMA DGN NEGARA LUAR DIBAWAH PROGRAM KERJASAMA PENYIARAN ANTARABANGSA..TAHUN LEPAS, AKU NAMPAK IKLANNYA..BOS LAMA AKU DULU PUN SAMBUNG BELAJAR KAT JEPUN TAPI STILL KERJA RTM, POST UNDER NHK..GAJI NHK BAYAR..BYK GAK LA GAJINYA SBB DUIT JEPUN KAN..BLK MALAYSIA KEJE RTM SEMULA, BUKAN BERENTI KONSEPNYA PINJAM MEMINJAM TUKAR MENUKAR KAKITANGAN..4 YOUR INFO LAH..TRY TANYA KRISTO, MAYBE DIA TAHU, DIA KAN BHGN PERHUBUNGAN KEMENTERIAN NI.

KUSINAR said...

hai kak N, thanks for giving respond. sbb saya terfikir semua tulah saya masih tak kemana2 sehingga skrg...

KUSINAR said...

ati aku dah tanya dah. kat regional aku tak tahulah, tapi kalau kat kl, they all takkan simply2 bagi. ikut seniority, they all akan bagi kat bos-bos je. setakat pegawai cabuk mcm aku jgn harap. aku dah penah apply, INTAN bukak iklan. bos aku boleh gelakkan aku

bulan sblm kita pergi kursus tu kementerian bukak tawaran buat master kat universiti tempatan. aku apply. kene reject, sbb tak cukup tahun service. aku junior. plus masa tu aku tak confirm jawatan lg. itu baru universiti tempatan, kalau overseas, lagilah jgn harap.

tapi tak taulah kalau ada cara lain yg aku tak tahu..anyway thanks a lot kawan2.
aku nak tunggu respon kris pulak. tiap kali aku nak tulis komen dlm blog dia tak boleh. apasal ntah.

Haffiz 696 said...

AKU NAK IKOTT!!!jumm..bawalah aku kemana saja..asalkan kaoo tetap bersamaku...bawalah aku ramli!"hahahahahaaha!wei?ko biaq btol nih??apasal beb?ishh..ko nih.aku hengat ko ckp arituh mase kusus tuh, mcm ringan2 mulut jek nk ckp.

KUSINAR said...

akam ko nak ikut? ko nih mana aku nak pegi suma nak ikut. Ha, jomlah! hihihihi.

aku nak tukar angin la kam. tapi aku tak tau la, ni plan aku je. eh, akam, aku penah terckp kat kau ya pasal nih? apa pendapat kau.? pendpt yg sejujur-jujurnya. aku takut aku salah buat keputusan.

Haffiz 696 said...

aku rasa tu pilihan ko.klu ko rase ko blh survive utk fasa pertama jejak kaki kat sana,yelah,4 sure byk bende kne setup kan coz environment dah lain.xmcm kat tanahair.ko akn tinggalkn suma yg ada kat Msia nih.kalu ko mampu nk berbuat demikian,silakanlah.aku sokong lah keinginan ko tuh.tapi dlm keadaan realiti skarang ni,dengan ko terikat dgn komitmen keje ngn gomen nih,xkanlah ko semudah tu ko nak berenti keje btul tak?tapi kalu ko gamble, yakin rezeki tuh kat mana2,kenapa tidak nak mencuba??

NIzATIe said...

JUM & AKAM..
APA KATA KORANG BERDUA BERSATU DALAM SATU IKATAN, PASTU PEGI LA MANA - MANA KORANG SUKER..NEW ZEALAND@POLAND@HOLLAND@GENTING HIGHLAND..SELAIN CUBA MENETAP DI SANA, BOLEHLAH BUAT PERMULAAN NI GI HONEYMOON DULU..HIHIHI ;-)

Unknown said...

ehem....
tumpang lalu....ahaksss!!


aikss...sya pon penah nak g oversea....dulu time nk spm...then 2005 dh dpt pluang tu tp tpaksa tolak sbb mak saya kata even jual 2bdg tanah ktorg pun x cukup nak tmpung belanja.

After my study @ m'sian inst. of integrative media in short MIIM (ATV3 lerr tuu...) i'm applying for my dgree @ Auckland University of Tech., New Zealand. Those who grade with average GPA 3.7 above & fluent in english sure will got in....from MIIM only 10 students got in & i'm one of them.

tekezut beruk aku bila tnya yuran rm60k.....tu baru yuran x msk blanja aku lagi & flite.

so, aku just lambai kt kengkawan yg BERDUIT je laa kt klia. skang ni dorg dh abis dah...xpe laa skang i sambung kt uitm pun ok aperr....busuk² aku xde duit nk sambung pun @least keje gomen smbil smbung study....

kan...kan...kan...kan....

Ju....

kan...kan...kan...kan...


permisi dulu....

Juriyati Mat Jalil said...

Jum, kalau nak berlari dalam hujan gerimis, akak rasa yakinlah sikit kat ko. Tapi kalau nak berlari dalam hujan yang dipertengahannya nanti diselang selikan dengan gentuman guruh sambung menyambung, petir dan kilat sambar menyambar, akak rasa ko belum cukup kuat.
Memang dipuji kalau ada cita-cita untuk terus menimba ilmu ni, walaupun jauhnya berjuta batu. Untuk bekalan diri juga pada masa-masa akan datang. Ye ke Tidak?
Persoalannya,
Apalah nak digadai tanah bendang,
kalau dah tentu tanahnya subur untuk bercucuk tanam
Apalah nak dirungut nasib badan
Kalau dah itu qada qadarnya
Apalah nak dikejar bayang yang hilang
Kalau pastinya tak tergapai dek tangan
Oleh itu Jum, manfaatkan dulu segala yang kita ada dengan sehebat-hebatnya. Penat sekarang tak semestinya mengeluh berpanjangan. Ko masih muda…banyak ruang dan peluang. Mungkin masa ini, peluang orang lain untuk memperolehinya, dan mungkin pada masa-masa mendatang peluang ko pula untuk menggenggamnya. Ketika itu nanti, genggam bona-bonalah peluang yang datang. Bersabar dan bersyukur apa yang sudah kita perolehi. Dan berusaha memperbaiki setiap kelemahan diri dengan cara yang terbaik dan langkah yang tersusun.

greatdayz9 said...

lari jum jangan tak lari.....

HUjan ker panas ker, ribut petir ker, banjir ker, sebenarnya azam dan semangat kiter lebih kuat dari segala bencana alam yang ader kat dunie nie....


Aku dulu pun pernah terfikir nak lari ker luar negara... tapi kali nie sangat jauh dan aku rasa tak mungkin aku akan kembali lagi ke sini....

Luar negara tu namanyer NEGARA BARZAKH!

mana2 kiter pergi kawan2 tak semua boleh ikut kiter..( UNTUK AQAM, JANGAN LA MENGADA@ NAK IKUT SUMER ORANG NAK PERGI MANA...... DUDUK UMAH, CARI SESUATU DALAM DIRI KO TU....)duit pun tak mampu nak ikut kiter... kejayaan pun tak semestinyer ikut kiter kemana-mana.... tapi yang akan ikut kiter sentiasa walaupun kiter tak undang adalah MASALAH!!!!!


Kiter tak boleh lari dari " cikgu " yang mengajar kiter tentang kehidupan nie... Agaknyer, orang kat New Zealand tu pun sikit pasal diorang pun sumer dah lari keluar negara gak... sumer orang dier pun pikir macam ko gak, cumer diorang dapat lari keluar negara pun sebab diorang banyak duit..


Kadang2, berangan pergi luar negara lagi best dari pergi luar negara betul2....

percayalah....


Have a nice Day'z ahead....


GELI MAAAATTTT!!!!!