Friday, July 25, 2008

DIARI LAMA


Pagi tadi aku pegi berenang lagi. Antara perkara yang buat aku paling tenang kala ini. Balik rumah, aku breakfast, lepas tu kemas apa yang patut. Masuk bilik, hajat hati nak kemas2 buku, susun baju dalam almari. Tiba-tiba diary lama aku terjatuh ke lantai. Kat sini rupanya kau. Aku sendiri yang sorok, aku sendiri yang lupa mana aku simpan.
Aku pun selak satu2. Aku selak dari helaian pertama aku tulis diari tu sampai ke helaian terakhir yang aku tulis. Hmmmm, hidup aku....hidup aku dalam buku tu...rupanya macam ni aku dulu...
Pada satu helaian bertarikh 16 Mac 2003, ada tertulis catatan ini;
"Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah, aku hidup lagi di muka bumi milikmu ini. Betapa selama hidupku ini aku menjadi insan paling berdosa dalam sejarah hidup ku sendiri. Ampunkan aku ya Tuhan. Bagaimana harusku basuh dosaku yang semakin likat dan pekat ini. Untuk kau ketahui, perasaan ini amat suci Tuhan. Aku dambakan gelora ini selama ini. Seperti aku katakan dulu. Aku mungkin bakal menjadi insan berdosa jika 'pertemuan' itu terjadi..."

Aku kembali mengingat2 apa yang berlaku antara tempoh itu. Ya, kenangan tu menerjah kembali kepala hotak aku nih...kenangan tu datang...

Diari lama tu aku selak lagi. Kali ni aku selak kembali helaian terdahulu. Dan aku kira catataan itu ada kaitannya dengan catatn yang satu ini. Catatan yang aku tulis 3 tahun sblm itu - 25 Disember 2000;

"Bismillahhirrahmanirrahim...
Semakin jauh aku menerjah hidup, banyak kerikil pengalaman dan kenangan yang aku tinggalkan di sepanjang perjalanan yang masih panjang ini. Merempuh lautan bergelora, bergelumang dengan lumpur, bermain dengan angin, menyanyi bersama burung, mekar bersama kelopak bunga, berlarian di taman impian, sedang pelangi tersenyum indah di ufuk sana. Aku amat mencintai kehidupan ini.

Tuhan, Kau telah memberikan aku segala-galanya. Kehidupan yang ceria, keluarga yang bahagia, kawan2 yang memahami, menjejaki universiti (medan ilmu ku), punya masa depan yang cerah, sihat tubuh badan, banyak punya kelebihan, keburukan yang boleh diubah, rezeki melimpah, ada didikan agama yang agak kukuh dan punyai perasaan yang indah.
Jika mahu dihitung, kebahagian yang dinimati datang dari Mu, Tuhan, tak terbalas oleh ku, hamba yang kerdil ini. Tapi seringkali aku lalai dari menyembahMu. Seringkali terleka dengan kenikmatan dan kebahagian yang Kau kurniakan. Dan aku tak pernah malu untuk meminta pada Mu, di masa susah ku. Tidak pernah mahu serik. Namun, Kau tetap limpahkan aku dengan kerahmatan Mu. Moga-moga. Tuhan, jangan Kau berpaling daripadaku. Aku sebenarnya tidak punya sesiapa selain dari Mu, Tuhanku. Tempat aku meluah perasaan dan penyelesai kebuntuan fikiran. Syukur aku kerana berlindung di bawah sinar terang milik Mu.

Tuhanku,
Aku seringkali merintih tidak punya 'teman'. Aku tahu itu semua kententuan Mu. Kau tabahkanlah hatiku untuk menempuh hari-hari mendatang. Mungkin ada hikmah Kau tidak ketemukan aku atau tidak menyambung ikatan antara aku dan 'teman' itu. Agaknya aku bakal menjadi manusia berdosa jika pertemuan itu terjadi. Jadi aku akur..

Namun Tuhanku, akhir-akhir ini hatiku sering bergetar. Getarannya tak pernah aku alami sebelum ini. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Terus berdiam atau mengikut rentak getaran itu. Tapi yang pasti aku amat tertarik dan begitu kepingin sekali..."

Lepas tu aku pun faham, Tuhan tak kejam pada umatNya. Hanya umatNya lah yang sebenarnya kejam pada dirinya sendiri. Aku pun terfikir, aku nak bakar diari lama aku tu dan semua catatan-catatan di dalamnya...Entah, aku rasa aku dah faham benar kali ni...

6 comments:

Juriyati Mat Jalil said...

Jangan disalahkan pada kenangan
Kalau catatannya jelas di diari
Salahkan saja pada ragam
Yang sering mengeluh nasib diri

Haffiz 696 said...

aku nak redha macamne ko redha..hehe.part paling best terkesan.."Tuhan, jangan Kau berpaling daripadaku. Aku sebenarnya tidak punya sesiapa selain dari Mu, Tuhanku. Tempat aku meluah perasaan dan penyelesai kebuntuan fikiran. Syukur aku kerana berlindung di bawah sinar terang milik Mu."..jum..aku harap segala2 ni tamat secepat yang mungkin..

Marian Awor said...

Juma, Kenapa Diari Lama sering mengingatkan kita pada kebanyakan kesedihan,bukannya kegembiraan ye!!! Tapi, kalau diingat-ingat balik apa yang berlaku, ianya mengajar kita lebih dewasa menjadi insan yang memahami dalam meniti kehidupan seorang wanita di dunia ini..!!!

KUSINAR said...

Kak ju, terima kasih kerana selalu ada disamping...

KUSINAR said...

akam, terima kasih kerana menjadi sahabat yang setia mendengar dan memahami...
kalau kita redha dan ikhlas dgn setiap apa yg kita buat, aku yakin, kita dipihak yg benar. aku doakan kau sentiasa bahagia :)

KUSINAR said...

kak anne, memang, pengalamanlah yang mengajar kita jadi dewasa. Tapi kadang-kadang saya letih jadi dewasa, saya rindukan saat saya tak perlu fikirkan semua benda mengarut mcm nih. zaman kanak-kanak. main lastik burung, main teng-teng, konda kondi happy je. jadi dewasa ni meletihkan...