Monday, May 19, 2008

Hujan

Hujan petang kelmarin mengingatkan aku pada sebuah hati. Hati milikku sendiri. Sekeping hati itu kala ini basah, tapi dingin dan salju, syahdu sekaligus. Memerhati rintik hujan yang mengalir di tingkap kaca, satu-satu begini, bagaikan memerhati air mata yang tumpah. Mengalir terus ke dalam hati dan beku di situ. Aku mendongak ke langit. Awan kelam, hitam dan kelabu. Bagai hati ku jua.


Tatkala ribut melanda dan pepohon bergoyang, hati pun turut bergoncang. Ah! aku sebenarnya sudah bosan berpuisi. Hati memberontak, gersang memiliki kasih. Namun, tanpa lontaran puisi, hati bagaikan digigit resah. Bergelodak membuak marah. Kekadang menjadi merah dan berdarah. Lalu aku pun berpuisi lagi.


Saat-saat begini, hati dan perasaan kepunyaanku bagai diarah menjemput ingatan dan kenangan yang paling mahal. Kerana dalam hidup ini aku hanya punya kenangan. Bukankah setiap kenangan itu sesuatu yang indah untuk dikenang?


Sampai satu waktu merahnya cinta melanda sanubari. Untuk sekian kalinya naluri bergetar dan hati pun berlagu irama kasih. Aku pun berkata pada hati yang satu milikku ini;


"izinkan aku menyentuh ruang tamu mu yang terbuka dengan jemari rasa, seorang perindu menggamit sendu di hujung lamun mu.."


Aku tak betah meluahkan pada sesiapa, termasuk pada insan yang paling aku cintai


Irama cinta syahdu, rupanya beralun di hati sendiri. Mungkin barangkali takdirnya aku hidup sendiri. Menagih cinta tanpa menyedari aku tak punya sesiapa.


Tiba-tiba hujan pun reda. Awan kelabu beransur menjadi putih. Beburung pun berlari menyulam awan. Tiada lagi rintik hujan di tingkap kaca. Tiada lagi irama syahdu yang berbisik dari pergunungan. Lantas mentari melebar cahaya, menyusup setiap rongga dan ruang sampai ke lubuk hati. Lalu hati yang beku menjadi cair.


Dalam remang-remang senja aku berdiri. Tatkala lagu-lagu rindu enggan bicara apa. Dan entah kenapa, air mata begitu murah. Lalu ia gugur untuk kali yang entah ke berapa...

8 comments:

asmawicamaro said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Haffiz 696 said...

huh...jum.secara jujur, setiap tulisan kata tuh menusuk terus dalam kalbu.perghh..aku ni xla sepuitisis ngko..tapi aduu...nak baca seterusnya mcm tak sanggup la plak..hehehe

KUSINAR said...
This comment has been removed by the author.
KUSINAR said...

hurm.....hermmmm.....urmmmm.....ermmmm....mmmmmm :)

apa maknanya tu? cuba terangkan sikit boleh? hehehe.

yg saya tulis tu citer dulu2. saje tetiba terkenang. kekadang bila duduk sorang2 teringat citer2 lama. Layan blues.

ermmm :)

KUSINAR said...

akam, :) aku ni bukan la puitis pun. poyosss jek. aku taip apa yang terlintas kat kepala hotak jek. terkenang citer dulu2.

tak sanggup nak baca? kenapa? mengarut2 yek? ekekeke.

biasalah aku je yg paham apa yg aku tulis. aku tak harap org lain paham... org baca pun da kira nasib baik. hehehe

anyway thanks for responding... :)

Haffiz 696 said...

tak ngarut la.biasa jekk.cuma aku jek rase bahasa ngko guna tu tinggi tahap gaban.hahahahaha

Anonymous said...

sayu...

KUSINAR said...

sama tak pernah berubah