Friday, October 5, 2012




SASTERA MELAYU

Aku Melayu yang tak pernah malu untuk mengaku betapa Melayunya aku. Aku Melayu tegar. Identiti, jati diri, reputasi. Segalanya. Dan cintaku antaranya paling tumpah pada kesusasteraan Melayu. Satu bidang ilmu yang aku tahu ramai anak Melayu hari ini tidak gemari. Tapi aku tak peduli.
Aku sebenarnya tak sedar betapa semakin ramai Melayu yang malu dengan identiti Melayunya sendiri, sehinggalah semalam. Di sebuah institusi tinggi penjana ilmu, aku rasa dimalukan hanya kerana aku cinta pada Melayu dan kesusasteraannya. Usaha ku untuk membawa topik itu dalam penulisan akademik ditolak mentah-mentah oleh seorang Profesor Madya yang mendakwa dirinya sangat tebal dan pakar dengan budaya global dan lokal - ilmu Antarabudaya.
"I'm never learning Malay Literature during my Form 6, I took English Literature!. I simply don't like your topic. Go change it".
"Sejarah Melayu? Karya Agong Melayu? Karya Melayu tak cukup Agong. Tak layak dikaji!!"
Antara skrip paling sadis yang keluar daripada mulut Prof. Madya tu semalam. Aku terkedu. Bukan marah. Tapi kesian, dek rasa banggannya yg tak dapat disembunyikan kerana kenal King Arthur lebih daripada Sultan Mahmud Melaka.
 



No comments: